Spesifikasi Honda Civic FD1
Sesaran : 1.8 liter R18A1 (FD1)
Konfigurasi : 4 silinder sebaris SOHC
Kuasa : 140 HP @ 6.300 RPM (FD1)
Tork : 177 Nm @ 4.200 RPM (FD1)
Transmisi : 5 kelajuan (auto)
Spesifikasi Honda Civic FD2
Sesaran : 2.0 liter K20Z2 (FD2)
Konfigurasi : 4 silinder sebaris SOHC
Kuasa : 155 HP @ 6.000 RPM (FD2)
Tork : 192 Nm @ 4.200 RPM (FD2)
Transmisi : 5 kelajuan (auto)
Kelebihan Honda Civic FD1 dan FD2
- Menggunakan teknologi 1-VTEC
- Ruang interior yang luas dan selesa
- Meter digital futuristik
- Pemanduan baik terutama mengambil selekoh
Kekurangan Honda Civic FD1 dan FD2
- Deruman enjin kenderaan yang kuat sewaktu memecut dan menukar gear
- Lantungan suspension yang agak keras
- Posisi seat yang rendah
Masalah Honda Civic FD1, FD2 Pemilik Perlu Tahu
- Engine mounting
Masalah utama pemilik kenderaan Honda Civic FD1 dan FD2 terletak pada engine mounting sebelah kanan. Masalah kerosakkan engine mounting kerap berlaku kepada pemilik FD1 1.8cc berbanding FD2 2.0cc.
- Kebocoran Power steering
Kes ini sering berlaku kepada FD1 1.8cc berbanding Civic FD2 kerana model ini telah menggunakan sistem electronic power steering.
- Keadaan RPM engine tidak stabil
Kebiasaan Civic FD adalah normal pada 1.000rpm hingga 1.200 rpm. Namun masalah sering berlaku apabila pedal minyak ditekan, deringan enjin lambat turun dan bertahan pada 750 rpm, iaitu dibawah paras normal. Kebiasaannya, masalah ini muncul setelah throttle body dibersihkan. Throttle body Civic FD sebenarnya agak sensitif kerana dilengkapi sensor. Hal ini dapat diselesaikan dengan melakukan engine diagnostic dengan sistem komputer.
Tags: #FD2 #ketahui masalah civic fd #masalah honda civic fd #Masalah Utama Honda Civic FD1