Senarai Makanan Paling Sesuai Semasa Wanita Datang Haid!

Senarai Makanan Paling Sesuai Semasa Wanita Datang Haid!

Dalam kitaran sistem reproduksi wanita, sewaktu PMS, semasa pengovulan, semasa datang haid dan selepas haid, terdapat tempoh dan ketika wanita mempunyai selera makan yang baik. Namun, apabila datang bulan atau menstruasi, tidak semua makanan elok diambil. Pada artikel ini, jom kita teliti senarai makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid dan makanan yang baik diambil semasa datang haid.

Makanan Perlu Dielak Semasa Datang Bulan

  1. Produk susu

Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.

  1. Daging berlemak

Daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan pada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam ataupun ikan.

  1. Makanan yang bergoreng

Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit.

  1. Snek ringan dan kerepek

Snek seperti kerepek mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembang.

  1. Biskut dan kek

Makanan bergula dikatakan boleh meningkakan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut jadi lebih teruk.

  1. Kopi

Elakkan kafein dalam makanan seperti Nescafe, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid. Kafein juga merupakan salah satu penyebab senggugut. Untuk menggantikan kafein, anda boleh bertukar kepada teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

  1. Minuman Tenaga

Minuman tenaga juga mengandungi kafein dan ianya tidak bagus bagi wanita yang sedang datang bulan. Selain itu, ia mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut.

  1. Makanan olahan

Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih setiap pek.

Makanan Perlu Dimakan Semasa Datang Bulan

  1. Air kosong

Air mungkin kedengaran kurang bijak tetapi hakikatnya ramai wanita yang terlupa bahawa mereka sedang kehilangan banyak cecair daripada badan. Jadi badan anda ketika ini memerlukan lebih air  dan sebaiknya minum air kosong.

  1. Pisang

Pisang  adalah salah satu daripada sumber utama kalium, pisang kaya dengan vitamin B6 dan lain-lain kesan glukosa darah yang membantu meningkatkan mood anda. Pisang juga juga boleh membantu mengawal usus kerana ramai wanita mengalami cirit-birit semasa tempoh ini.

  1. Sayuran hijau

Sayuran hijau sarat dengan nutrien besi yang diperlukan tubuh ketika sedang datang haid. Namun jangan terlalu banyak  untuk mengelakkan kembung perut.

  1. Ikan

Ikan salmon dan tuna antara yang mengandungi Omega-3 dan lemak asid yang baik untuk merehatkan otot dalam badan dan mengurangkan kekejangan anda.

  1. Kekacang

Kacang, seperti juga sayur-sayuran hijau adalah sumber zat besi yang sangat baik dan pengambilan kekacang adalah cara yang cepat dan mudah untuk mengembalikan keseimbangan badan anda. Seperti sayur-sayuran hijau, ia harus dimakan secara sederhana kerana kekacang terkenal sebagai makanan berangin yang seterusnya membawa kepada kembung perut.

  1. Daging merah

Daging ayam atau lembu akan meningkatkan kandungan zat besi dalam badan. Jika diambil bersama sayuran hijau dan kekacang tahap zat besi dalam badan anda akan pulih dalam masa yang singkat. Tapi jangan ambil bahagian yang berlemak.

  1. Coklat

Walaupun terdapat perdebatan mengenai kandungan kafein dan gula yang tinggi, coklat telah terbukti secara saintifik  melepaskan serotonin, kimia yang membuat mood menjadi baik. Coklat juga mengandungi magnesium yang baik untuk tempoh ini. Sebaiknya ambil coklat gelap dan dalam kuantiti sederhana kerana pengambilan yang terlalu banyak (terutama coklat susu) akan mebawa kepada masalah berat badan dan kembung perut.

  1. Vitamin C

Ambil buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti oren untuk mengurangkan simptom PMS.

IMG_20171206_114610-150x150 Senarai Makanan Paling Sesuai Semasa Wanita Datang Haid!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #buah apa saja yg tidak boleh dimakan saat haid #buah yang dihindari saat haid #buah yang dikonsumsi saat haid #datang haid #haid #Jenis Makanan yang Sebaiknya Dihindari saat Haid #jus yang baik diminum saat haid #ketika haid #makanan baik ketika period #makanan dilarang saat haid #makanan dilarang semasa datang haid #makanan elakkan senggugut #Makanan Minuman Dianjurkan Saat Haid #makanan pencipta mood baik saat haid #Makanan yang Baik Dikonsumsi Saat Sedang Haid #Makanan Yang Baik Dimakan Ketika Datang Bulan #makanan yang baik dimakan semasa datang bulan #makanan yang perlu dielakkan dan baik dimakan semasa datang bulan #makanan yang perlu dielakkan semasa datang bulan #menstruasi #minuman yang baik saat haid #Senarai Makanan Paling Sesuai Semasa Wanita Datang Haid!

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.