Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online PSP 2020

Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online PSP 2020

Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Melalui skim ini, bantuan tunai akan disalurkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.

Melalui PSP terbaru ini, bantuan akan disalurkan hanya kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Syarat-syarat Kelayakan :

  • Mestilah terdiri daripada penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
  • Memiliki kenderaan berdaftar dan mestilah memiliki lesen kenderaan yang sah
  • Had pemilikan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja
  • Kriteria kenderaan yang layak menikmati skim PSP adalah seperti berikut:
  1. Kereta ≤ 1,600cc
  2. Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun
  3. Motosikal ≤ 150cc
  4. Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun
  5. Kadar kelayakan subsidi adalah RM30 untuk kereta manakala RM12 untuk motosikal.

PSP-subsidi-petrol-1024x936 Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online PSP 2020

*Buat masa sekarang bantuan ini terhad untuk penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja.

Cara Semak Kelayakan Subsidi Petrol

semak-layak-tak-layak-subsidi-petrol Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online PSP 2020

KLIK untuk semak layak atau tidak mendapatkan subsidi petrol –> SEMAK KELAYAKAN ANDA

logo-150x150 Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online PSP 2020

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online PSP 2020

Loading...

Tags: #Cara Semak Kelayakan Subsidi Petrol #layak tak dapat subsidi petrol #PSP 2020 #Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol #Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online PSP 2020 #semak kelayakan subsidi petrol #Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 #Semakan PSP Kelayakan Program Subsidi Petrol Online #Subsidi Minyak Petrol (PSP) Kereta Motor Bermula Januari 2020 #subsidi petrol #Subsidi petrol bersasar terus ke akaun #syarat subsidi petrol 2020

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.