Selain Jepun, Anda Juga Boleh Nikmati Bunga Sakura Di Lima Negara Ini!

Bunga Sakura

Salah satu tarikan yang terdapat pada negara Jepun adalah keindahan bunga sakuranya. Bunga berwarna merah jambu ini boleh ditemui di Jepun sekitar March hingga Mei.

Ramai pelancong dari seluruh dunia melancong ke negara itu semata-mata ingin menyaksikan sendiri keunikan panorama bunga yang turut dikenali sebagai cherry blossom ini.

Malah, warga tempatan tidak ketinggalan dalam melakukan hanami atau berkelah sambil menikmati bunga sakura di kawasan setempat.

Tahukah anda, bunga sakura bukan hanya tumbuh di Jepun malahan hidup mekar di negara-negara lain. Nak tahu dengan lebih lanjut, sila baca artikel di bawah!

1. Indonesia

Anda tidak perlu bersusah payah ke negara empat musim lagi semata-mata untuk menikmati bunga sakura. Siapa sangka, Kebun Raya Cibodas di Bogor, Indonesia boleh anda temui bunga sakura yang mekar berkembang seperti di Jepun.

Di sini, anda boleh menikmati panorama dari 225 tanaman bunga sakura spesis Prunus Cerosoides yang berwarna merah jambu dan putih.

Anda boleh melihat keindahan bunga sakura di sini dua kali setahun iaitu dari bulan Januari hingga Februari atau Ogos hingga September.

Jika berpeluang ke Bogor, jangan lupa untuk berkunjung ke Kebun Raya Cibodas untuk merasai pengalaman bunga sakura seperti di negara matahari terbit tersebut.

2. Australia

Anda juga boleh menikmati keunikan bunga sakura di Australia. Bertempat di Cowra Japanese Garden di New South Wales, Australia, anda boleh merasai suasana bunga sakura sepanjang bulan September hingga Oktober sahaja.

Paling menarik, taman ini bakal mengadakan sambutan festival bunga sakura mulai 23 September hingga pertengahan Oktober 2017.

Untuk info, taman ini dibina oleh arkitek berasal dari Jepun bernama Ken Najima dan merupakan taman Jepun pertama di negara yang popular dengan Kanggaru berkenaan.

3. Amerika Syarikat

Sepanjang bulan April, Brooklyn Botanic Garden di New York, Amerika Syarikat pastinya menjadi tumpuan
warga tempatan dan pelancong asing bagi menyaksikan panorama indah bunga sakura.

Sama seperti Jepun, masyarakat New York keluar beramai-ramai untuk melihat bunga sakura sambil menikmati hidangan lazat serta santai bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Di samping bunga sakura, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari Jepun.

4. Korea Selatan

Buat penonton setia K-Drama, pastinya anda sudah mengenali tempat yang paling menarik untuk menikmati bunga sakura di Korea Selatan iaitu Jihae.

Jihea merupakan lokasi popular untuk sesi penggambaran drama dan filem dari Korea Selatan. Terdapat dua hot spot menarik di Jihae bagi menyaksikan kecantikan bunga sakura yang mekar sepanjang bulan April iaitu Kyeong-Wha Station dan di kawasan sungai Yeojwa Syream yang dikenali sebagai Cherry Blossom Road.

Difahamkan, terdapat lebih 300,000 pohon sakura menghiasi setiap sudut kota Jihae. Menarik bukan!

5. Britain

Bagi anda yang bakal melancong ke kota London di Britain, jangan lepaskan peluang melawat Kew Garden untuk menikmati suasana bunga sakura di sana.

Di London, bunga sakura ini boleh disaksikan dari March hingga April. Untuk rekod, bunga sakura pertama kali ditanam di sekitar Palm House dan Kuil Raja Williams pada era 90-an.

azlan-150x150 Selain Jepun, Anda Juga Boleh Nikmati Bunga Sakura Di Lima Negara Ini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Bunga Sakura #cherry blossom #Destinasi Menarik Nikmati Keindahan Bunga Sakura #dimana ada bunga sakura #Keunikkan Bunga Sakura #Nikmati Panorama Bunga Sakura #Tempat Menarik Nikmati Bunga Sakura

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Comments are closed.