Selain Dunia Seni, 6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes! Siapakah Agaknya Mereka?

6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes

Ramai yang menyatakan bahawa kerja di dalam industri seni hiburan tidak boleh bertahan selama-lamanya.

Oleh itu, sebahagian daripada selebriti dunia menceburi bidang bisnes sebagai punca pendapatan sampingan mereka.

Tidak kecuali artis-artis popular dari Korea Selatan. Meskipun berjaya menerpa nama di dunia seni hiburan, mereka juga berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

Untuk kali ini, penulis senaraikan 6 artis Korea Selatan yang sukses dalam bidang bisnes selain aktif di pentas seni. Take a look!

1. G-Dragon

gdragon-bigbang-300x300 Selain Dunia Seni, 6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes! Siapakah Agaknya Mereka?

Leader boyband Big Bang, G-Dragon telah melancarkan jenama pakaiannya tersendiri iaitu PeaceMinusOne pada tahun 2016 lalu. Beliau mengeluarkan t-shirt, topi, hoodie, tali pinggang dan beberapa aksesori dibawah jenama berkenaan. Di samping itu, pemilik nama sebenar Kwon Ji Yong turut membuka kafe yang dikenali sebagai The Monsant dimana beroperasi di Pulau Jeju. Kafe ini berkonsepkan mewah dan minimalis.

2. Jessica Jung

Jessica-Jung-girls-generation-300x300 Selain Dunia Seni, 6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes! Siapakah Agaknya Mereka?

Sekitar Ogos 2014, bekas ahli kumpulan Girls Generation atau SNSD, Jessica Jung menjalankan fesyen berasaskan fesyen dan kecantikan bernama Blanc & Eclare. Di Blanc & Eclare, anda boleh dapatkan barangan seperti pakaian, aksesori, kacamata dan alat kosmetik. Paling menarik, kedai fizikal yang turut berada di Amerika Syarikat, England, Hong Kong, China, Thailand dan Malaysia.

3. Seungri

Seungri-bigbang-300x300 Selain Dunia Seni, 6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes! Siapakah Agaknya Mereka?

Selain G-Dragon, salah seorang lagi member Big Bang iaitu Seungri turut menjalankan bisnes sebagai pendapatan keduanya. Anak jati Gwangju, Korea Selatan ini mempunyai kelab malam dan bar yang diberi nama Monkey Museum serta sebuah restoran ramen, Aori Ramen. Terus memandang ke hadapan, jejaka berusia 26 tahun ini turut melabur di bawah jenama kosmetik, Dr.Gloderm pada 17 Januari 2017. Malah, Seungri akan mendapat 10 % daripada keuntungan yang diperolehi syarikat kosmetik ini.

4. Junsu

Junsu-300x300 Selain Dunia Seni, 6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes! Siapakah Agaknya Mereka?

Annggota kumpulan JYJ, Kim Jun Su atau lebih dikenali sebagai Junsu telah melabuhkan kira-kira 27.8 juta USD untuk membuka sebuah hotel iaitu Toscana Hotel & Resort yang terletak di Pulau Jeju. Hotel ini memiliki bilik tidur yang standart dan resort dengan gaya seperti sebuah villa. Bukan itu sahaja, hotel mewah ini turut dilengkapkan dengan restoran, kafe, spa, tempat barbeku, kedai cenderamata dan banyak lagi.

5. Narsha

narsha-SNL-300x300 Selain Dunia Seni, 6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes! Siapakah Agaknya Mereka?

Sama dengan G-Dragon dan Jessica, Narsha yang merupakan ahli girlband Brown Eyed Girl tidak ketinggalan menjalankan perniagaan berorientasikan fesyen iaitu W Urban People. Pakaian yang dikeluarkan dibawah jenama ini berkonsepkan street wear atau gaya jalanan dan masa kini. Tidak hanya mengeluarkan barangan wanita, W Urban People juga menghasilkan pakaian untuk golongan Adam.

6. Goo Hara

Goo-Hara-300x300 Selain Dunia Seni, 6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes! Siapakah Agaknya Mereka?

Jika para selebriti Korea Selatan menjalankan bisnes fesyen dan restoran, Goo Hara pula terlibat dalam bidang hartanah. Untuk info, bekas anggota kumpula Kara ini memiliki sebuah bangunan lima tingkat disewa di Cheongdam-dong, Seoul. Bahkan, terdapat salon kuku terkenal turut beroperasi di bangunan tersebut.

azlan-150x150 Selain Dunia Seni, 6 Artis Korea Selatan Ini Sukses Dalam Berbisnes! Siapakah Agaknya Mereka?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #artis korea ada bisnes sampingan #artis korea buat bisnes #bisnes artis korea #Bisnes Artis Popular Korea Selatan #G-Dragon #Jessica Jung #Junsu #perniagaan artis korea #Perniagaan Selebriti Korea Selatan #Seungri

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.