Kemunculan jejaka bernama Ryzal Jaafar menerusi drama bersiri popular iaitu Dunia Baru yang ditayangkan di TV3 satu masa dahulu telah membuka ruang populariti yang cukup besar buat dirinya.
Bermula dari situ, namanya mula mekar mewangi dan meniti di bibir peminat drama Melayu. Ditambah pula dengan susuk tubuk dan wajah yang kacak menyediakan pakej lengkap untuk beliau bagi mencipta nama di persada seni hiburan tanah air.
Pelbagai drama dan telefilem telah dibintangi anak kelahiran Kedah ini termasuklah Semusim Rindu, Tuan Anas Mikael, Love You Mr.Arang, Sejadah Dari Mekah, Selipar Jepun Slileto Merah dan Bangkitnya Seorang Perempuan.
Untuk pengetahuan para pembaca, Ryzal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaafar sudah lebih 10 tahun bergelar anak seni.
Selain aktif di dunia seni hiburan, pemuda berusia 35 tahun ini juga melibatkan diri dalam dunia bisnes berasaskan fesyen lelaki di mana belaiu tampil dengan dua jenama pakaian iaitu Arata by Ryzal Jaafar dan The StreetFrat.
Terkini, Ryzal muncul dengan drama rantai terbaharunya berjudul Jurnal Suraya yang turut dibintangi oleh Nad Zainal, Johan As’ari, Sasqia Dahuri Wanna Ali dan ramai lagi. Drama berkenaan ditayangkan menerusi slot Zehra di TV3 bermula 15 November lalu.
Jangan buang masa, jom kenali serba sedikit tentang figura berbintang Capricorn ini.
Biodata Ringkas Ryzal Jaafar
Nama Penuh: Mohd Sharizal Jaafar
Nama Komersil: Ryzal Jaafar
Umur: 35 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 2 Januari 1982
Zodiak: Capricorn
Asal: Alor Setar, Kedah
Adik Beradik: Anak pertama daripada lima beradik
Kerjaya: Pelakon, Usahawan & Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Drama/Telefilem: Jurnal Suraya, Semusim Rindu, Love You Mr. Arang, Aku Dan Dia, Tuan Anas Mikael, Hotel Mania, Dunia Baru (musim pertama, kedua dan ketiga), Platun Satria, Aku Pilih Kau, Sejadah Dari Mekah, Madu Sorok, Luluhnya Sebuah Ikrar, Yes Boss!, Bola Cinta 2, Jelatang, Nilapura, Hani, Sumpah Bunian, Nilai Cinta Diana, Ilusi, Selipar Jepun Slileto Merah, 24 Hari Sebelum Jatuh Cinta, Fitrah Salmah, Friday I’m In Love, Setia Hujung Nyawa, Naziha, Taj Mahal Untuk Mama, Mira Sofea, Maahad Al-Amin, Buaian Kasih, Bangkitnya Seorang Perempuan, Bertaut Kasih, Mimpi Menunggu Malam, Bara Yang Ku Genggam, Gadis Cuci, Kesempatan Dan Kesempitan, Mega Sekeping Hati, Yassin Untuk Bonda, Harapan Yang Tertinggal dan banyak lagi.
Filem: Dunia Baru The Movie & Kuliah Cinta.
Laman Media Sosial Ryzal Jaafar
- Twitter: www.twitter.com/jaafar_ryzal
Instagram: www.instagram.com/ryzal_jaafar
Trivia Menarik Tentang Ryzal Jaafar
- Graduan jurusan Diploma Komunikasi Visual dari Institut Media Intergratif Malaysia (MIIM) yang sebelum ini dikenali sebagai Akademi TV3.
- Beliau pernah berkhidmat Pegawai Eksekutif Promosi di KRU Studio selama enam tahun dan menjadi artis di bawah pengurusan KRU Talents and Management selama empat tahun.
- Figura kacak ini turut menyertai program Fear Factor Malaysia 2014.
- Naib juara program Perang Bibir 2017.
- Dalam mengembangkan bakatnya di dunia seni suara, Ryzal turut menyertai program nyanyian terbitan Astro iaitu Gempak Superstar namun tersingkir di minggu kedua.
- Ryzal pernah merangkul anugerah Busana Selebriti Terbaik bersama-sama Tasha Shilla sempena Malam InTrend 10 Tahun.
- Berkawan baik dengan beberapa rakan artis seperti Sherry Ibrahim, Adeline Tsen, DJ Nasty dan Anding Indrawani.
- Merupakan bekas peserta Hero Remaja 2004.
- Menjadi duta kepada produk penjagaan diri lelaki berjenama antarabangsa, Romano.
- Memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram dan lebih 20,000 pengikut di Twitter miliknya.
Tags: #Aktor Ryzal Jaafar #Biodata Ryzal Jaafar #Kenali Ryzal Jaafar #Mohd Sharizal Jaafar #Pelakon Jurnal Suraya #pelakon rizal #pelakon ryzal jaafar #perkahwinan ryzal jaafar #Profil Ryzal Jaafar #Ryzal Jaafar #ryzal jaafar biodata #ryzal jaafar instagram #ryzal jaafar kahwin #Ryzal Jaafar Pelakon Drama Jurnal Suraya