Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial

Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial

Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular pada masa kini. Ramai peniaga mula menjual minuman yang boleh membuat anda ketagih untuk meminumnya setiap hari. Rasanya yang sedap dengan keharuman baunya pasti akan membangkitkan selera anda, lebih-lebih lagi ketika tekak terasa haus. Apa kata jika anda cuba membuat sendiri teh beng vanilla ini di rumah, kerana resipi istimewa ini tidaklah sukar dan sangat mudah.

Resipi Teh Beng Vanilla

Bahan-bahan :

  • 5 uncang teh Lipton
  • 1 sudu perasa vanilla
  • 4 cawan air masak
  • Suku tin susu isian sejat
  • 6 sudu susu krimer manis
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu perisa jagung
  • Halia
  • Cincau
  • Aiskrim vanilla

Cara penyediaan :

  1. Panaskan air. Masukkan uncang teh Lipton.
  2. Biarkan seketika sehingga warna air bertukar pekat.
  3. Masukkan susu sejat (susu cair) dan susu krimer manis.
  4. Kemudian masukkan perisa vanilla.
  5. Masukkan gula dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Kacau rata, masukkan perisa jagung untuk mendapatkan warna yang menarik.
  7. Boleh juga ditambah halia untuk mendapat rasa yang sedikit berlainan dan bertujuan untuk menyingkirkan angin dalam badan.
  8. Jika anda sudah berpuas hati dengan rasa dan warna, tutup api.

Untuk hidangan, apabila sudah sejuk, masukkan ais, cincau dan aiskrim vanilla.

IMG_20171206_114610-150x150 Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara buat teh beng wanilla #Resepi minuman #resepi minuman sedap #resepi teh ais balang #resepi teh ais vanilla #resepi teh beng vanilla #resepi viral #resipi teh susu #teh ais vanilla #teh beng vanilla #teh beng vanilla gelas besar

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
  1. author

    Anonymous3 years ago

    Assalamualaikum,
    Saya mohon nak gunakan gambar ni untuk buat streamer peniaga teh beng vanilla lampu isyarat kelantan.
    0196687291

    Reply

Leave a reply "Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial"