Resipi Sandwich Sardin Paling Mudah Dan Ringkas

Sandwich Sardin Sedap

Sandwich sardin yang mudah dan ringkas ini sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi dan sesuai untuk dibawa berkelah atau sebagai bekal ke sekolah. Bagi ibu-ibu yang tiada masa yang panjang untuk sediakan juadah berat, resipi ini boleh anda cuba untuk dinikmati seisi keluarga!

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara-cara untuk meyediakan sandwich sardin ini.

Resipi Sandwich Sardin

Bahan-bahan :

  • 1 buku roti putih sandwich
  • 1 tin kecil sardin (jenama mengikut pilihan anda)
  • Mentega atau marjerin
  • Mayonis
  • 1 batang timun (dibuang kulit dan dihiris membulat)
  • 2 biji tomato (dihiris membulat)
  • 3 biji cili padi (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris dan dicincang dadu)
  • Air perahan limau nipis

Cara-cara penyediaan :

  1. Buka tin sardin, ambil ikan sahaja dengan mengunakan garpu dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
  2. Masukkan bawang besar dan cili padi, gaulkan dan hancurkan ikan menggunakan garpu.
  3. Apabila bahan-bahan dalam mangkuk telah hancur dan digaul dengan elok, masukkan sedikit kuah sardin yang berbaki di dalam tin dan gaulkan.
  4. Perahkan sedikit asam limau nipis ke dalam mangkuk. Jangan terlalu banyak supaya tidak menjadi masam, sekadar untuk menghilangkan sedikit hanyir ikan sardin.
  5. Roti dibuang kulit dan sapukan mentega ke atas roti. Sebelah lagi roti disapukan mayonis. Letakkan sardin ke atas roti dan ratakan.
  6. Letakkan 2 hirisan timun dan 2 hirisan tomato secara selang seli. Tutup dengan sebelah lagi roti yang telah disapukan mayonis.
  7. Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga sardin habis. Kemudian, potong dua atau menyerong. Sandwich sardin siap untuk dimakan.
IMG_20171206_114610-150x150 Resipi Sandwich Sardin Paling Mudah Dan Ringkas

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara buat sandwich #idea sarapan pagi mudah #menu breakfast pantas #Resipi Sandwich Sardin #Sandwich Sardin Paling Mudah #sarapan pagi simple

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resipi Sandwich Sardin Paling Mudah Dan Ringkas"