Resipi Nasi Kerabu Biru @ Nasi Kerabu Kelantan

Resepi Nasi Kerabu Biru @ Nasi Kerabu Kelantan

Resipi Nasi Kerabu Biru / Nasi Kerabu Kelantan

Bahan-bahan nasi :

  • 3 cawan/pot beras
  • Sedikit pewarna biru atau bunga telang
  • Air secukupnya
  • 4 helai daun limau purut diramas
  • 1 batang serai dititik
  • Sedikit garam

Cara penyediaan nasi :

  1. Basuh beras hingga bersih.
  2. Masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan daun limau purut dan serai serta sedikit gara.
  3. Masukkan bunga telang. Jika gunakan pewarna, titikkan pewarna biru apabila nasi sudah masak dan masih panas, gemburkan dan gaul rata.

Bahan-bahan sambal tumis :

  • 4 biji bawang besar atau 20 biji bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • Secekak lada kering direbus dan dibuang bijinya**
  • Sedikit halia**
  • Sedikit kunyit hidup**
  • 1 batang serai dititik
  • Budu
  • Garam dan gula
  • Belacan
  • Santan pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara penyediaan sambal tumis :

  1. Kisar bahan yang bertanda ** dengan sedikit air.
  2. Panaskan kuali dan isi minyak masak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar.
  3. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan serai, budu, garam gula dan belacan.
  5. Tumis lagi kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air asam jawa.
  6. Masak sehingga ia pekat.

Bahan-bahan sambal ikan + kelapa :

  • 3 ekor ikan kembung
  • 1 biji bawang besar atau 6-7 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 1 cawan santan cair
  • 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
  • Garam dan gula
  • 1-2 cawan kelapa parut

Cara penyediaan sambal ikan + kelapa :

  1. Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan). Ketepikan.
  2. Ikan kembung dibuang perut, dibersihkan dan direbus. Air rebusan jangan dibuang. Kemudian ambil isi ikan sahaja.
  3. Kisar bahan bertanda * sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi. Kisar lagi dan tambah sedikit air rebusan ikan tadi.
  4. Kemudian dengan menggunakan kuali, panaskan 1 sudu minyak. Masukkan bahan kisar tadi.
  5. Masukkan santan, lada hitam, garam dan gula. Masak sehingga ia agak kering.
  6. Kemudian masukkan kelapa goreng tadi dan kacau sebati.

Bahan-bahan sambal cuka :

  • Cili padi
  • Lada merah
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula
  • 1 ulas bawang putih (dibakar sekejap)

Cara penyediaan sambal cuka :

  1. Kisar kasar semua bahan. Masukkan cuka.
  2. Rasakan dengan garam dan gula.

Bahan hiasan dan ulam-ulaman :

  • Kobis (dihiris halus)
  • Kacang panjang (dipotong halus membulat)
  • Taugeh
  • Daun kesum (dicincang halus)
  • Timun (dipotong memancang dan halus seperti lidi pendek)
  • Serai (dipotong halus membulat)
  • Keropok keping
  • Lada cuka
  • Budu

Cadangan lauk tambahan :

  • Solok lada
  • Telur masin
  • Ikan goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • Ayam bakar
  • Ayam percik
Loading...

Tags: #nasi kerabu ayam bakar #nasi kerabu golok kota bharu #resepi masakan kelantan #resepi masakan nasi #resepi nasi kerabu #resepi nasi kerabu biru #resepi nasi kerabu golok #resepi nasi kerabu hitam #resepi nasi kerabu kelantan #resepi pantai timur

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Comments are closed.