Resipi Nasi Arab Kabsah Yang Ringkas Dan Lazat

Resipi Nasi Arab Kabsah Yang Ringkas Dan Lazat

Resipi Nasi Arab Kabsah

Bahan-bahan :

  • 1 kg lamb shoulder – dipotong kiub atau 1 ekor ayam (dipotong 8)
  • 3 pot/cawan beras pusa/basmati – cuci dan rendam 30 minit, toskan
  • 4 pot/cawan atau secukupnya air panas/kuah kambing atau ayam
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu minyak sapi
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih – dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah – diparut
  • 1 biji buah tomato – dikisar
  • 2 sudu tomato puri
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
  • 1 sudu besar rempah kabsa
  • 1 biji lemon hitam/kering – dicucuk bahagian tengahnya
  • 1 biji lada bengala merah (red capsicum) – dipotong dadu
  • 1 sudu kecil lada hitam (biji/serbuk)
  • 2 biji cili merah – jangan potong
  • 1/4 cawan kismis
  • Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Bahan-bahan homemade rempah kabsa :

  • 1 sudu makan bunga cengkih
  • *1 sudu makan lada hitam
  • *1 sudu makan jintan manis
  • *1 sudu makan jintan putih
  • *2 sudu makan biji ketumbar
  • *1 sudu makan buah pelaga
  • *1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)
  • *1 sudu makan serbuk cili
  • *1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan rempah kabsah:

  1. Goreng tanpa minyak bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau dan ketepikan.
  2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
  3. Simpan rempah yang telah dikisar di dalam bekas yang kedap udara.
  4. Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dengan buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Cara penyediaan nasi arab kabsah:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga wangi.
  2. Masukkan buah tomato, tomato puri, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
  3. Kemudian masukkan kambing/ayam dan masak sehingga kambing/ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
  4. Masukkan lobak merah, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
  5. Kacau/gembur nasi bila nasi agar betul-betul masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Nota : Boleh juga jika masak ayam/kambing di dalam periuk berasingan. Beras yang direndam dan ditos, masukkan dalam periuk nasi elektrik. Taburkan karot, capsicum, cili merah dan kismis dan kemudian masukkan ayam atau kambing. Masukkan air rebusan ayam/kambing ke dalam periuk nasi elektrik. Jika air rebusan tidak mencukupi, boleh ditambah dengan air panas.

Bahan-bahan sos :

  • 1 biji tomato – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 5 biji cili besar hijau – dihiris
  • 1 tangkai batang ketumbar – dihiris halus
  • Garam dan gula
  • Perahan lemon.

Cara penyediaan sos :

  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
  2. Jangan kisar terlalu hancur.
Loading...

Tags: #cara masak nasi arab #nasi arab sedap #nasi kabsah #nasi kabsah ayam #nasi kabsah daging #nasi kabsah kambing #rempah kasbah #resepi masakan nasi #resepi maskaan arab #resepi nasi arab #resepi nasi arab kabsa kambing #resepi nasi arab kabsah #resepi nasi arab maqlubah #resepi nasi arab mudah dan ringkas #resepi nasi kabsah mudah #resepi rempah kabsah

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Comments are closed.