Di bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai juadah yang enak dijual di mana-mana termasuklah di bazar Ramadhan. Tidak lupa juga ayam golek, ayam tempayan dan pelbagai masakan ayam bakar yang membuatkan selera kita terbuka.
Namun, dengan peningkatan kos pada zaman sekarang, juadah seperti itu tidaklah dijual dengan harga yang murah. Apa kata jika kita sediakan sendiri menu ayam seperti itu. Caranya sangat ringkas dan mudah di samping dapat menjimatkan kos.
Kali ini, penulis ingin berkongsi resipi ayam panggang black pepper yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Ayam panggang black pepper ini enak dimakan begitu saja ataupun dimakan dengan sos atau pencecah.
Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan dan cara menyediakan menu ayam panggang blackpepper ini.
Resipi Ayam Panggang Black Pepper
Bahan-bahan :
- 1 ekor ayam 1 kg (boleh dipotong empat atau tidak)
- 2 sudu madu
- 4 sudu minyak zaitun
- Sedikit serbuk oregano dan mix herbs
Bahan-bahan kisar :
- 2 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub pati ayam Knorr/Maggi atau boleh digantikan dengan 1 sudu besar serbuk penambah rasa/ Pasti Sedap Maggi
- 2 sudu serbuk lada hitam
- 3 sudu sos black pepper
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu makan gula
- 100ml air
Cara-cara untuk memasak :
- Kisar semua bahan kisar sehingga lumat. Tuangkan semua ke dalam ayam dan lumurkan.
- Masukkan madu, minyak zaitun, serbuk oregano dan mix herbs. Tutup dan perap dalam peti ais selama 2 jam. Minimum 1 jam.
- Untuk memasak, anda boleh pilih untuk memasak menggunakan periuk high pressure, kuali ajaib atau dipanggang di dalam ketuhar.
- Untuk rasa yang sedap dan mahukan bahan-bahan perap meresap bersama ayam ketika dimasak, pilihan yang baik ialah menggunakan kuali ajaib.
- Masukkan ayam dan tuangkan kesemua bahan perap ke dalam kuali ajaib, gunakan api kecil dan tutup penutup. Apabila bahagian bawah sudah masak, balikkan ayam dan tunggu sehingga bahagian sebelah lagi masak. Enak jika dipanggang tidak terlalu kering.
- Hidangkan ayam ke dalam pinggan. Siap untuk dimakan dengan nasi ataupun dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba!
Tags: #ayam black pepper #cara masak ayam black pepper #cara masak Ayam Panggang Black Pepper Yang Sedap #Resipi Ayam Panggang Black Pepper #resipi Ayam Panggang Black Pepper Yang Sedap #resipi masakan ayam