Resipi Minuman Jus Belimbing
Bahan-bahan :
- 3 biji buah belimbing besi
- ½ cawan air gula
- ½ cawan air sejuk
- Secubit garam
Cara menyediakan :
- Ambil buah belimbing dan dipotong kecil-kecil, kemudian dimasukkan ke dalam blender. Tuangkan sedikit air serta garam dan kisarlah sehingga hancur. Tapis ambil airnya.
- Masukkan air gula, jika suka bolehlah dicampurkan dengan sedikit air sejuk.
- Kemudian, kacau serata dan sejukkan dalam peti ais.
Tags: #air belimbing special #cara buat air belimbing special #resipi minuman air belimbing