Resepi Sup Perut Lembu
Bahan-bahan :
- 1 kg perut muda lembu
- 4 biji bawang besar (dimayang)
- 10 biji bawang merah (ditumbuk)
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2.5cm halia (diketuk)
- 3 sudu makan rempah sup
- 2 keping asam gelugor
- 2.5 cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 4 sudu makan lobak jeruk
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 liter air
Cara memasak :
- Perut lembu dibersihkan dan direbus selama 1 jam. Selepas itu potong kecil memanjang. Letak dalam satu bekas.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bahan-bahan yang dimayang dan ditumbuk sehingga kekuning-kuningan. Letak dalam satu bekas.
- Selepas itu masukkan rempah sup dan kacau sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan air dan kacau. Biarkan ia mendidih.
- Taburkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Selesai.
- Ketika menghidang, masukkan kesemua bahan yang digoreng bersama minyak ke dalam sup perut yang hampir masak. Masukkan serbuk perasa dan hidangkan.
Tags: #cara buat stp perut air asam #cara nak masak perut lembu #masak sup perut #masakan sup perut lembu #menu sup perut muda #Resepi Sup Perut Lembu Paling Sedap