Resepi Puding Roti Kukus
Bahan-bahan :
- 5 keping roti (dipotong)
- 375 ml susu cair
- 1/2 cawan gula kastor
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar mentega
- Sedikit serbuk kayu manis (pilihan)
- Sedikit kismis
Cara memasak :
- Satukan telur, gula dan esen vanilla dalam bekas dan kacau rata.
- Tambahkan susu cair dan kacau sehingga adunan sebati.
- Gliskan loyang dengan mentega kemudian susunkan roti yang telah dipotong kecil.
- Tuang adunan yang telah dikacau sebati tadi ke atas roti.
- Akhir sekali taburkan kismis dan serbuk kayu manis di atasnya.
- Kukus di atas api bersaiz sederhana selama kira-kira 25 minit.
- Selepas siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
Tags: #cara buat Puding Roti Kukus #cara masak Puding Roti Kukus #kuih Puding Roti Kukus #menu Puding Roti Kukus #Puding Roti Kukus #resepi Puding Roti Kukus