Nasi putih dan ayam goreng kunyit, satu menu makan tengah hari yang menjadi kegemaran ramai di ibu kota Kuala Lumpur.
Hidangan yang ringkas untuk makan tengah hari, namun setiap trak makanan dan gerai yang menjual menu ini pasti dipenuhi oleh golongan pekerja yang beratur untuk mendapatkan set makan tengah hari.
Sedikit sambal belacan dan kicap melengkapkan hidangan nasi putih dan ayam goreng kunyit ini yang dijual dengan harga yang murah iaitu RM4 hingga RM6.
Pada pos kali ini, penulis ingin berkongsi bagaimana untuk menyediakan ayam goreng kunyit yang menjadi kegemaran ramai ini.
Resepi Nasi Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
- 500 gram daging ayam bahagian dada dan tulang, dipotong kecil
- 1 biji bawang besar, dibelah dua dan yang dipotong
- Lobak merah, dipotong memanjang
- Kacang panjang yang dipotong dengan panjang 2-3 inci
- 3 sudu kecil serbuk kunyit
- 3 sudu kecil serbuk cili kisar
- 3 sudu kecil garam kisar
- Sedikit rosemary dan serbuk oregano
- 2 cawan minyak masak
- 6 sudu cuka
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan ayam yang telah dipotong. Toskan dan gaulkan dengan cuka. Biarkan selama 5 hingga 10 minit untuk membuatkan daging ayam yang berjus bila digoreng.
- Kemudian, bilas dengan air dan toskan. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan garam.
- Gaul sehingga sebati dan perap selama 3 hingga 5 jam. Lagi lama lagi bagus. Simpan di dalam bahagian sejuk biasa dalam peti ais.
- Panaskan minyak, goreng ayam sehingga menjadi warna perang kemerahan, tapi tidak terlalu garing.
- Apabila ayam sudah digoreng, masukkan 3-4 sudu minyak ke dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang besar, lobak merah dan kacang panjang.
- Goreng sehingga separuh layu dan masukkan ayam goreng.
- Tambahkan minyak jika terlalu kering. Gaul dan masukkan rosemary dan oregano.
- Ayam goreng kunyit siap untuk dimakan dengan nasi putih.
Tags: #aneka resepi ayam #ayam goreng kunyit #idea masak tengahari #Menu Tengah Hari Yang Digemari Di Kuala Lumpur #resepi ayam goreng kunyit #resepi nasi #resepi simple makan tengahari