Resepi Masakan Nasi Goreng Seafood Yang Special

Nasi Goreng Seafood

Resepi Masak Nasi Goreng Seafood Special

Bahan-bahan :

  • 2-3 mangkuk nasi putih (dileraikan)
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan timun (hiasan)

Cara memasak :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi dan kacau serata.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan ia masak seketika.
  5. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Masukkan sayur, kemudian nasi. Gaul sehingga sekata.
  7. Masakan sedia dihidangkan dengan hiasan taburan daun sup dan dan hirisan timun.
Loading...

Tags: #bahan memasak Masak Nasi Goreng Seafood Special #cara masak Masak Nasi Goreng Seafood Special #Masak Nasi Goreng Seafood Special #menu Masak Nasi Goreng Seafood Special #nasi goreng seafood #Resepi Masak Nasi Goreng Seafood Special

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resepi Masakan Nasi Goreng Seafood Yang Special"