Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 4 cawan santan kelapa atau 1 cawan santan pekat campurkan dengan 3 cawan air
- 1/4 sudu teh garam
- Bahan pewarna kek (merah dan perisa ros)
Cara memasak :
- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
- Masukkan santan ke dalam periuk, kemudian panaskan sebentar. Matikan api.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar-benar sebati.
- Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian adunan (Jika anda ingin membuat 3 jenis warna, bahagikan kepada 3 adunan)
- Kemudian, masukkan pewarna merah atau perisa rose (anda boleh juga menggunakan rose sirap). Adunan satu lagi dibiarkan tanpa mewarnakan. Ini akan menjadikan dua lapisan yang berbeza kelak.
- Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang tadi dan kukus selama 5 minit dengan api yang kuat.
- Setelah lapisan pertama masak, tuang 200 ml adunan merah pula. Kuskus lagi selama 5 minit juga dan biarkan masak.
- Kemudian, ulangi proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah.
- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum ianya boleh dipotong dan dihidangkan.
Tags: #koleksi resepi #kuih lapis #kuih lapis mudah #kuih lapis tradisional #kuih muih #resepi kuih muih #resepi masakan #resepi masakan kuih lapis paling senang