Resipi Ayam Penyet Yang Mudah Dan Lazat

Resepi Ayam Penyet Yang Mudah Dan Lazat

Resipi Ayam Penyet

Bahan-bahan untuk ayam penyet :

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan untuk masak nasi
  • 1/2 sudu besar jintan manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1/2 sudu besar jintan putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar biji ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk sambal penyet :

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang merah – hiris
  • 3 biji bawang putih – hiris
  • 5 biji tomato – potong 4
  • 5 cm belacan
  • 2 sudu ikan bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Bahan-bahan untuk nasi :

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit mentega
  • garam
  • 1 kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam

Cara Penyedian ayam penyet :

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu.
  3. Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Cara penyediaan sambal penyet :

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  7. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
  8. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Cara penyediaan sup :

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. Boleh juga ditambah ayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan ketumbar ataupun masukkan saja sup bunjut.
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Cara penyediaan nasi :

  1. Panaskan mentega. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yang sudah ditoskan. Kacau lebih kurang 3 hingga 5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub pati ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi elektrik dan masak nasi seperti biasa.
Loading...

Tags: #ayam penyet best #cara masak ayam penyet #cara membuat ayam penyet malaysia #cara membuat sambal penyet #nasi ayam penyet johor bahru #resepi indonesia #resepi masakan melayu #resepi masakan nasi #resepi nasi ayam penyet #resepi nasi ayam penyet yang mudah #resepi sambal ayam penyet wong solo

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Comments are closed.