Resepi Ayam Paprik Versi Thai
Bahan-bahan :
- 4 keping dada ayam (dipotong, dikerat kecil)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 4 biji bawang kecil (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris seperti mancis)
- 2 labu bawang besar (dipotong bentuk gegelang)
- 5 – 6 biji cili padi merah (dititik)
- 2 batang serai (dititik)
- ½ biji cili benggala hijau
- 5 – 6 helai daun limau purut (dikoyak)
- 3 sudu makan cili kering yang dikisar
- 2 sudu makan sos cili thai
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan/sotong
- Sedikit kicap manis
- Gula perang dan garam secukup rasa
- Air secukupnya untuk kuah
- Minyak masak
- 10 batang kacang panjang (sayur-sayuran lain seperti bunga kobis, putik jagung dan lobak merah sebagai tambahan)
Cara memasak :
- Gaul hirisan ayam bersama serbuk kunyit dan sos ikan/sotong.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam sehingga masak. Tos dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam di dalam kuali. Kemudian, tumis bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Selepas itu masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, sos ikan/sotong dan kicap manis, diikuti dengan isi ayam. Kemudian, gaul sehingga rata.
- Tuangkan air secukupnya (untuk kuah). Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi. Biar mereneh di atas dapur. Perasakan dengan gula perang dan garam. Kacau serata.
- Masukkan bawang besar, cili benggala hijau dan sayur-sayuran. Tambahkan sedikit lagi air sekiranya kuah terlalu pekat.
- Masak sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup api. Masakan dihidangkan bersama nasi putih.
Tags: #cara masak Ayam Paprik Versi Thai #cara memasak Ayam Paprik Versi Thai #menu Ayam Paprik Versi Thai #menu makan tengahari Ayam Paprik Versi Thai #Resepi Ayam Paprik Versi Thai