Rawatan Tradisional Bisul Pada Bayi

Pokok Semalu

Baby saya sering menangis setiap kali ingin membuang air besar dan masalah ini hanya diketahui apabila saya mendapati terdapat bengkak (abscess) pada bahagian peri-analnya. Setelah dilihat kepada keadaan bengkak tersebut, jelas saya dapati ia merupakan bisul.

Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

Saya telah membawanya ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Kos keseluruhan rawatan termasuk satu pembedahan kecil menelan belanja sebanyak RM4,000. Mahu atau tidak mahu, sebagai penjaga dan ibubapa, saya perlu memastikan kesihatan anak-anak terjamin dan sihat.

Setelah seminggu selepas rawatan di hospital swasta, saya dapati keadaan anak saya bertambah baik dengan rawatan susulan dengan diberi makan antibiotik selama 7 hari pada setiap waktu yang ditetapkan. Akhirnya keadaan penyakit tersebut telah pun sembuh sepenuhnya.

Selang beberapa hari selepas itu, anak saya kembali menunjukkan tanda-tanda sebelumnya, menangis setiap kali ingin membuang air besar. Pemeriksaan sendiri dirumah mendapati terdapat pula bengkakan yang kedua timbul di bahagian yang sama.

Ini merisaukan saya. Memandangkan kos rawatan yang agak tinggi di hospital swasta, maka tidak salah kiranya saya menggunakan alternatif lain untuk menyembuhkan penyakit bisul anak saya.

TIPS RAWATAN TRADISIONAL

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah kaedah yang saya gunakan;

  1. Beberapa helai daun Pokok Semalu

dsdddd-150x150 Rawatan Tradisional Bisul Pada BayiPokok Semalu (Mimosa pudica L.) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat: daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai tropika raya. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang.

Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar.

Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru.

Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih. Tumbuhan ini amat mudah didapati disekeliling rumah anda. Percayalah setiap ciptaan Allah s.w.t pasti ada kegunaannya. Semasa memetiknya, jangan lupa berselawat sebanyak 3 kali setiap kali ingin memetik daunnya.

    2. Beras dan air

CARA MENYEDIAKAN BAHAN- BAHAN RAWATAN

Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut bersama beberapa titis air, kemudian tumbuk sehingga lumat. Ia akan menjadi satu bahan yang agak melekit bewarna kehijau-hijauan. Tujuan tambahan beras itu adalah untuk memberikan bahan tersebut melekit dan mudah untuk digunakan bagi tujuan menampal.

Selesai, lumur dan lekatkan campuran bahan tadi dibahagian terkena bisul dan dibalut/ tampal dengan menggunakan kapas. Saya mencadangkan kaedah rawatan ini dilakukan pada waktu malam. Sebelum tidur elok tempelkan campuran ini.

Pada keesokkan harinya, anda pasti akan melihat kesannya. Kaedah ini diulangi sehingga timbulkan kumpulan nanah pada atas kulit. Anda boleh memicitnya apabila dilihat nanah tersebut telah matang. Ulangi kaedah tersebut sehinggalah penyakit tersebut sembuhnya. Sila pastikan kawasan tersebut sering dicuci bagi memastikan tiada jangkitan lain.

Saya berharap, kaedah rawatan ini akan memberikan manfaat kepada pembaca. Yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan yang kurang adalah daripada diri saya sendiri. Wassalam!

logo-150x150 Rawatan Tradisional Bisul Pada Bayi

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Rawatan Tradisional Bisul Pada Bayi

Loading...

Tags: #bisul di kepala #bisul di ketiak #bisul di punggung #bisul di pungung #bisul pada bayi #bisul pada kanak kanak #Cara hilang bisul dengan cepat #Cara Menghilangkan Bisul dengan Cepat dan Selamat #Cara Merawat Bisul Dengan Berkesan #cara semulajadi rawat bisul #cara ubat bisul semulajadi #penawar bisul tradisional #Petua Melayu Untuk Merawat Bisul #Petua merawat bisul #petua orang kampung rawat bisul #Petua Tradisional Mengeluarkan Nanah Pada Bisul Tanpa Rasa Sakit #Petua Ubati Bisul #punca bisul #punca bisul di punggung #rawat penyakit bisul cara kampung #tips rawat bisul tradisional #ubat bisul #ubat bisul di dubur #ubat bisul di kemaluan #ubat bisul tradisional

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Rawatan Tradisional Bisul Pada Bayi"