Masalah bibir hitam boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dimana mampu menjejaskan penampilan diri seseorang.
Antara faktor-faktor berlakunya masalah ini adalah merokok, minum arak, bibir kering, sinaran matahari, anemia dan lain-lain lagi.
Persoalannya, adakah masalah bibir hitam ini boleh diatasi oleh kita semua? Pssst…ini jawapannya! Jom amalkan 5 bahan semula jadi ini untuk merawat bibir hitam anda.
1. Timun
Bukan sahaja boleh meremajakan dan membuat bibir semakin cerah malah timun juga dapat menjadikan bibir lebih lembut dan lembap.
Cara Rawatan:
Ambik sebiji timun dan potong menjadi dua bahagian. Ambil bahagian yang pertama lalu dikisar dengan mesin pengisar sehingga halus menjadi jus pekat. Setelah siap, simpan dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Apabila sudah sejuk, oleskan jus timun yang telah dikisar pada bibir dan biarkan sebentar kira-kira 20 hingga 30 minit sebelum dibilas dengan air sederhana panas.
2. Cuka Epal
Cuka epal sangat kaya dengan pelbagai manfaat buat manusia. Salah satunya, boleh menanggalkan sel kulit mati pada bibir kita yang menyebabkan berlakunya kehitaman.
Cara Rawatan:
Campurkan satu sudu cuka epal bersama satu sudu air lalu dikacau sehingga sebati. Sapukan campuran cuka epal ini pada bibir dengan menggunakan kapas atau cotton bud. Sebaik-baik, biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibersihkan dengan air sederhana panas.
3. Madu
Selain melembutkan bibir, madu juga boleh menjadikan bibir kemerah-merahan secara semula jadi jika dilakukan secara rutin.
Cara Rawatan:
Anda cuma perlu oleskan sedikit madu pada bibir sebelum masuk tidur dan biar semalaman. Keesokannya, bilas bibir anda dengan air sejuk. Lakukan rawatan ini setiap malam supaya bibir anda tidak kehitaman lagi.
4. Minyak Almond
Siapa sangka, minyak almond boleh mengembalikan bibir yang gelap kepada merah dan gebu.
Cara Rawatan:
Sebelum tidur, urut bibir anda dengan menggunakan minyak almond secara perlahan-lahan selama 2 hingga 3 minit dan biarkan semalaman. Jangan lupa untuk bersihkannya dengan air suam setelah bangun pagi. Untuk hasil yang memberansangkan, amalkan rawatan ini setiap malam.
5. Jus Lemon
Seperti yang kita semua tahu, kandungan asid dalam buah lemon boleh digunakan untuk mencerahkan bibir yang hitam.
Cara Rawatan:
Peras buah lemon ke dalam mangkuk kecil. Aplikasikan jus lemon dengan menggunakan kapas pada bibir anda secara menyeluruh. Diamkan sebentar kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian bilas dengan air suam. Gunakan campuran ini sekali sehari untuk mendapatkan bibir kemerah-merahan yang diimpikan.
Tags: #cara membuat bibir hitam menjadi merah permanen #Cara Mengatasi Bibir Hitam dan Kering #Cara Menghilangkan Bibir Hitam dan Gelap #cara menghilangkan bibir hitam dengan cepat #cara menghilangkan bibir hitam menjadi pink #Cara Mudah Atasi Masalah Bibir Hitam #Percaya Diri Setelah Tahu Cara Menghilangkan Bibir Hitam #Petua Ubati Bibir Warna Hitam #Tips Cara mencerahkan bibir hitam menjadi merah muda alami #Tips Hilangkan Bibir Hitam #Tips Rawat Bibir Hitam