Cara menurunkan berat badan boleh dilakukan dengan bantuan herba, ubat-ubatan, makanan tambahan dan juga mengurangkan kadar pengambilan makanan setiap hari. Namun demikian, adalah lebih baik kita mengetahui apakah sebenarnya basic dalam menurunkan berat badan?
Jika kita hanya bergantung kepada ubatan semata-mata, ia tidak akan kekal lama kerana pengambilan makanan anda masih pada takuk lama. Akhirnya anda akan kembali kepada berat asal asal. Ia hanya bersifat sementara.
Sepanjang proses menurunkan berat badan, untuk mencapai target berat ideal ialah dengan mengamalkan aturcara pengambilan sayuran, karbohidrat dan protien pada kadar yang sesuai. Anda sebenarnya tidak perlu berlapar, kerana ia merupakan satu penyeksaan kepada tubuh badan anda. Usaha yang gigih tanpa mengambil kira makanan yang kita makan tidak akan memberikan kesan kepada penurunan berat badan. Itu benda paling basic kita perlu tahu. Oleh yang demikian, setiap hidangan anda adalah seperti di bawah;
Kadar sesuai pengambilan makanan sewaktu menurunkan berat badan
- 1/2 Sayur-sayuran
- 1/4 Karbohidrat
- 1/4 Protein
Perkara WAJIB anda tinggalkan sewaktu menurunkan berat badan
- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak setiap hari
- Elak dari minum air berkarbonat atau air bergas sama sekali
- Elak dari makan berat selepas jam 7.00 malam
Tak perlu berlapar, nikmatilah hidangan dengan kadar sesuai
Tags: #cara diet tak perlu berlapar #cara kurus dengan cepat #cara kuruskan badan sebenar #cara nak dapat berat ideal #hidangan makanan karbohidrat rendah #kurus food #macam mana nak kuruskan badan #nak kurus #nak kurus taknak berlapar #petua kurus sihat #resepi turun berat badan