Baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 pada 10 Mei lalu, Tun Dr. Mahathir Mohammad merupakan Perdana Menteri yang tertua di dunia. Walaupun sudah berusia 93 tahun, siapa sangka beliau mempunyai kudrat yang kuat untuk memimpin negara dan masih mampu menunggang kuda dan mengayuh basikal.
Pasti ramai yang tertanya apa rahsia beliau untuk kekal cergas dan sihat? Menurut Tun M, ramai yang bertanya bagaimana beliau boleh hidup sampai sekarang? Rahsianya makan secara sederhana dan amalkan gaya hidup sihat.
Rahsia Tun M Kekal Sihat Dan Cergas Sehingga Kini
“Jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras,” katanya. Beliau masih lagi mempraktikkan pesanan ibunya dengan memastikan untuk berhenti makan sebelum kenyang, jika tidak perut mudah jadi besar.
“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Bila kita biasa dengan tabiat itu, lama-lama akan lebih mudah. Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat.”
Beliau juga turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan. “Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.”
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi,” katanya. Berikut adalah perkara yang diamalkan oleh Tun M.
- Tidak menghisap rokok
Merokok membahayakan kesihatan. Malah pada kotak rokok pun ada tulisan seumpamanya. Jauhilah rokok demi sebuah kesihatan.
- Tidak minum arak
Sebagai umat Islam, arak adalah minuman yang diharamkan. Banyak kerosakan yang boleh berlaku hanya sebab meminum arak. Ingat kisah seorang ulama yang ditawarkan 3 benda: arak, zina atau membunuh. Beliau memilih arak atas sebab dosa paling ringan (dosa tetap dosa). Akhirnya selepas minum arak, beliau mabuk, melakukan zina dan membunuh perempuan tersebut.
- Makan secara sederhana
Sunnah Nabi menyuruh kita makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang. Sederhana dalam pemakanan menjaga perut dan badan. Yang penting, sumbernya mestilah halal.
- Mengambil vitamin
Sebagai seorang yang sibuk dan hidup ke sana-ke mari, pengambilan vitamin membantu mengawal stress, memberi tenaga, menguatkan minda dan kesihatan badan secara amnya. Vitamin bukanlah ubat yang patut diambil bila perlu sahaja. Ia adalah tambahan kepada nutrien harian dalam makanan dan sebagai antioksidan.
- Tidur yang cukup
Adalah penting untuk memberi tubuh badan waktu untuk berehat dan membaik pulih sistemnya.
Kata Tun Mahathir, amalan-amalan di atas sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko penyakit kronik, namun penyakit ini kurniaan Tuhan. Tapi kita mesti berusaha untuk menjaga kesihatan kita. Apa yang pasti, rakyat Malaysia sentiasa mendoakan Tun Dr. Mahathir diberikan kesihatan yang baik agar dapat memimpin Malaysia ke arah negara maju, bersatu dan makmur.
Tags: #kenapa tun mahathir panjang umur #malaysia prime minister 7 #perdana menteri ke-7 #perdana menteri tertua di dunia #petua Tun Mahathir kekal sihat #pm ke 7 #rahsia Tun M kekal sihat #Rahsia Tun M kekal sihat dan cergas sehingga kini #rahsia Tun M masih kuat di usia emas #tips kesihatan Tun M #Tun M #tun mahathir