Rahsia Membuka Pintu Rezeki Yang Melimpah Ruah

Rahsia Membuka Pintu Rezeki Yang Melimpah Ruah

1. Memperbanyakkan Amalan Sedekah Yang Ikhlas

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah, melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” (HR Muslim dan Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan ‘tangan’ kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sehingga menjadi gunung.” (HR Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah. Para sahabat bertanya: “Jika tidak mampu ya Rasulullah?” Baginda menyatakan: “Maka hendaklah dia berusaha sendiri (bekerja dengan tangannya) yang dapat memberi faedah kepada dirinya dan dengan yang demikian dia dapat bersedekah.” Mereka bertanya lagi: “Jika dia masih tidak sanggup (tidak mampu bekerja)?” Jawab Nabi s.a.w : “Maka hendaklah dia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan.” Tanya sahabat lagi : “Jika sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian?” Jawab Nabi s.a.w : “Maka hendakah dia (mengerjakan kebaikan dan) menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika dia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah juga dianggap sedekah.” (Riwayat Bukhari)

2. Memperbanyakkan Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah
“Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah.” (HR. At- Tabrani)

3. Membaca selawat – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

4. Membaca selawat – Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil adziim
“Dari setiap Kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai ke hari Kiamat yang mana pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

5. Membaca Surat Al-Ikhlas
“Barangsiapa yang membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaannya dapat menghilangkan kemiskinan dari penghuni rumah hingga ke tetangganya.” (HR. AtTabrani)

6. Membaca Surah Al-Waqia’ah
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqia’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

7. Memperbanyakkan Amalan Berselawat Kepada Nabi s.a.w
“Dari Umar bin Khatthab r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.” (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah, al-Bazzar, Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

8. Sentiasa Beristighfar
“Barangsiapa yang beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak terduga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

9. Berdoa Memohon Pertolongan Allah s.w.t

Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas,
Rezeki yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami,
Jika rezeki kami ada dilangit maka turunkanlah,
Jika ada dibumi maka keluarkanlah,
Jika jauh maka dekatkanlah,
Jika dekat maka mudahkanlah,
Jika sedikit maka banyakanlah,
Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin dan mereka yang kedaifan dan kesusahan,
Ya Allah, Kau Berkatilah doa kami ini
Aminn, Robbana atina fiddunia hasanah, wafil akhiratul hasa natan, waqina aza bannar. (selawat)

10. Menunaikan Solat Dhuha & Membaca Doa

Selepas menunaikan solat Dhuha, adalah lebih afdal jika doa berikut diamalkan selepas selesai solat;

doa-selepas-solat-dhuha Rahsia Membuka Pintu Rezeki Yang Melimpah Ruah

Bacaan dalam rumi :

“Allahumma innadl dluhaa a dluhaauka, wal bahaa a bahaauka, wal jamaala jamaluka, wal quwwata quwwatuka wal qudrota qudrotuka wal ‘ismata ‘ismatuka.

Allahumma inkaana rizqii fis samaa i fa anzilhuu wa inkaana fil ardli fa akhrijhu wa inkaana mu’assaran fa yassirhu wa inkaana harooman fa thohirhu wa inkaana ba’iidan faqoribhu

Bihaqqi dluhaaika wa bahaaika wa jamaalika wa quwwatika wa qudrotika aatinii maa ataita ‘ibaadakash soolihiin.”

11. Membaca Selawat Supaya Dimurahkan Rezeki

Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak sebelas kali (11x) selepas setiap solat fardhu.

Ya Fattah itu ertinya yang maha pembuka dan pemberi keputusan, selain boleh digunakan untuk membuka rezeki, keutamaan Ya Fattah ada banyak seperti memohon jodoh, memohon dapat kerja, memohon diberi keturunan dan zuriat, memohon diberi kesembuhan dan lain-lain. Manakala Ya Razzaq ertinya adalah maha pemberi rezeki, jadi sangat bagus diamalkan untuk kita yang sedang berusaha memperbaiki keadaan ekonomi. Kemudian, itu diteruskan dengan membaca ayat kursi sebanyak satu kali (1x) dan ditambah lagi dengan membaca surat Al-Ikhlas sebanyak tiga kali (3x).

Loading...

Tags: #amalan menjemput rezeki #amalan rezeki bertambah #Amalan Sedekah #Cara Menjemput Rezeki #doa murah rezeki dan jodoh #doa murah rezeki paling mustajab #doa murah rezeki rumi #doa rezeki melimpah ruah #Membaca Selawat Supaya Dimurahkan Rezeki #mudahnya menjemput rezeki #permudahkan rezeki #rahsia murah rezeki #rahsia nak kaya #Rezeki Gampang Terbuka dan Lancar Dengan Zikir #rezeki melimpah #selawat murah rezeki #selawat pembuka rezeki #Solat Dhuha & Membaca Doa #zikir murah rezeki dan cepat kaya #Zikir Rezeki Melimpah Ruah #zikir ya fattah ya razzaq

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Leave a reply "Rahsia Membuka Pintu Rezeki Yang Melimpah Ruah"