Menurut pengamal perubatan tradisional, di dalam tubuh badan manusia terdapat lenih 300 sendi dan tulang serta terdapat kira-kira 6666 urat. Terdapat empat urat penting yang membekalkan darah pada anggota kemaluan lelaki. Apabila urat itu kurang atau tidak berfungsi membekalkan darah kepada zakar, maka menyebankan berlaku masalah seperti zakar tidak kuat, tidak cukup tegang dan masalah lemah syahwat.
Teknik Urutan Zakar
Apabila lemak atau lendir yang berhimpun di saluran darah yang menghalang perjalanan darah ke bahagian zakar, maka akan menyebabkan zakar tidak dapat menegang dengan kuat. Bagi mengatasi masalah zakar kurang menegang dan tidak kuat tenaga batin, mengurut bahagian-bahagian tertentu bagi melancarkan semula peredaran darah ke zakar adalah salah satu caranya. Gunakan minyak kelapa yang bercampur dengan bawang utih atau bawang merah.
Antara tempat-tempat yang perlu diurut adalah :
- Bahagian ari-ari : Tekan perlahan-lahan bahagian ari-ari dengan menggunakan 8 jari, menolak ke arah pusat dan tidak melebihi had itu.
- Bahagian tapak kaki : tekan dengan ibu jari kaki di bahagian tengah tapak kaki, kira-kira 1 hingga 2 minit.
- Celah-celah jari kaki kiri dan kanan.
- Jantung betis kiri dan kanan, iaitu dari bahagian bawah ke lutut dan ke pergelangan kaki.
- Bahagian urat tunjang tenaga batin, iaitu urat pada paha bahagian dalam.
- Bahagian atas, sisi kiri dan kanan zakar. Urut perlahan-lahan dari pergelangan ke pangkal zakar.
Petua & Amalan Menguatkan Zakar
- Mengurut zakar
Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya semasa zakar masih tegang, ambil air liur basi dari langit-langit menggunakan ibu jari yang kanan. Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad SAW tiga kali berturut-turut. Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar lalu urut sekali lalu dari kepala zakar menghala ke lubang kencing. Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu ketika jimak.
- Menajamkan zakar
Biji zakar yang keras akan menambah nikmat kepada isteri dan menegangkan zakar serta melambatkan pancutan mani. Untuk itu, zakar harus ditajamkan untuk mengeluarkan biji zakar hingga dirasakan menonjol ke hujung kepala zakar apabila zakar tegang. Cara menajamkannya ialah apabila bangun tidur, duduk dan temukan kedua-dua tapak kaki. Sebaiknya zakar masih tegang semasa melakukan latihan ini. Tarik nafas dalam-dalam sambil menekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan. Cuba tekan lutut itu hingga jejak ke lantai tapi jangan dipaksa. Pada masa itu, kendalikan otot zakar (otot-otot pengemut kencing) dengan mengemutkannya. Jika zakar masih tegang maka pastikan bahawa kepala zakar menjadi besar dan berkilat apabila otot itu dikemutkan.
- Mengesatkan kepala zakar
Bertujuan untuk mengurangkan sensitiviti pada kepala zakar dan memberi latihan kepada saraf-saraf yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi. Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani terpancut lebih awal. Kepala zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri.
Caranya adalah dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang di waktu pagi). Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke kepala zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang kencing, satu hala saja. Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga diulangi hingga terasa ngilu barulah berhenti.
- Cara meminum air waktu pagi
Air yang diminum ialah air masak mati (air masak yang sejuk), diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk hari yang baru.
- Pegang dan tarik kepala zakar
Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki. Tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari (apabila mandi pagi, tengahari dan petang). Nescaya dapat membantu membesar saiz, memanjang dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda.
- Senaman tenaga batin
Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan. Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.
Doa Penguat Zakar
- Doa 1
Bismilahirrohmaanirrohim.
Yaa Qahar, La ila ha illallah, wahidul Qahar
Cubalah kaedah ini untuk menguatkan zakar anda yang lemah. Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah zakar anda. Atau celupkanlah tuala kecil (good morning towel) ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah zakar anda dengan tuala itu sehingga sejuk. Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, InsyaAllah.
- Doa 2
Bismilahirrohmaanirrohim
Allah humma innaa Na’u zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walahmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kodzoita amron fain namaa yaku lulahu kun fayakun. ( 3 Kali)
Doa ini dibaca waktu lemah zakar. Jika dirasai lemah zakar bagi jimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu hendak jimak (bersetubuh) itu niscaya jadi kuat bersetubuh.
- Doa 3
Bismilahirrohmaanirrohim.
Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo
Amalkan doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. IsyaAllah dapat mengeraskan zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu.
- Doa 4
Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda. Jangan gunakan minyak yang panas ditakuti akan mencederakan zakar Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang iaitu di antara dubur ke buah zakar. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke buah zakar. Baca doa ini sebanyak 7 kali.
Ya Qadim, Ya Daim, Ya Ahad
Ya Wahid, Ya Samad
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Ya Qahar, Ya Qahar, Ya Qahar
Lailaha illallah hu Wahidul Qahar
Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan jika boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam keadaan cuaca sejuk supaya ligamen dan urat saraf yang berada pada zakar dalam keadaan tahap kecergasan yang terbaik.
Rujukan : Zul Faqor, S.U (2009), “99 Keajaiban Khazanah Lelaki”.Cetakan Kedua. Johor Bharu : Pustaka Azhar https://doaayatdanzikir.wordpress.com https://lelakisihat.com
Tags: #cara tegangkan zakar #Cara Urutan Untuk Menguatkan dan Menegangkan Senjata Lelaki #doa kuatkan tenaga batin #doa lemah tenaga batin #doa penguat zakar #Doa Untuk Menguatkan dan Menegangkan Senjata Lelaki #doa untuk menguatkan zakar #kaedah urutan tenaga batin #kuat seksual #kuat tenaga batin lelaki #lelaki #petua #Petua Cara Urutan Dan Doa Untuk Menguatkan dan Menegangkan Senjata Lelaki #petua kuatkan zakar #petua mendapatkan zakar tegang #petua menegangkan zakar #petua menguatkan zakar #Petua Untuk Menguatkan dan Menegangkan Senjata Lelaki #petua zakar panjang dan besar #rahsia kuatkan zakar lelaki #rahsia lelaki sejati #senaman tenaga batin lelaki #senaman zakar #teknik urutan zakar #urut batin #urut lemah tenaga batin #urut tenaga batin #urut zakar