Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan ibu yang baik. setiap isteri pasti mahukan yang terbaik untuk rumah tangga dan begitu menyayangi suami. Namun mungkin tanpa sedar, ada perkara yang kita lakukan membuatkan si suami beralih arah.
Namun beralih arah atas tujuan apa, hanya si suami yang tahu. Sama ada untuk mengisi kekosongan hati, sama ada sekadar suka-suka untuk berfoya-foya, tambahan pula ramai wanita sekarang yang tidak kisah lelaki tersebut suami orang ataupun bujang. Yang mereka mahu cuma perhatian dan keseronokan.
Ataupun sememangnya si suami mahu berkahwin lain atau mahu mencari pengganti anda kerana baginya anda langsung tidak serasi dengan dirinya atau langsung tidak memahami jiwanya. Namun, hanya suami yang tahu apa yang mereka mahukan.
Wahai wanita yang bergelar isteri, mungkin kita rasakan kita sudah buat yang terbaik untuk menambat hati, kasih, sayang dan cinta dari si suami. Namun tanpa kita sedari, mungkin kita juga alpa dengan apa yang telah kita lakukan itu rupanya menambahkan rasa jauh hati si suami dengan isteri.
Punca Ramai Suami Berubah Hati Terhadap Isteri!
Mari kita sama-sama fahami dan perbaiki diri semoga lebih dihargai dan disayangi oleh suami.
8C Punca Suami Berubah Hati
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya, perkongsian daripada Dato Dr. Fadzilah Kamsah. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yang mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan anak-anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C seperti di bawah.
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Jangan cabar suami! Nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mentua.
C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini sama ada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri apabila hendak keluar rumah barulah hendak bersolek dan comel tetapi ketika di rumah, comot. Suami pula di tempat kerja asyik terlihat yang lebih-lebih comel. Ada isteri kata, “berhias untuk suami,” tetapi tidak pula mempraktikkannya di rumah.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya berasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan.
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tidak suka apabila isteri cerewet tidak bertempat.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Kata Dr. Fadillah, suami paling benci apabila isteri cincai dalam menjaga anak.
C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
5 Sebab Suami Berubah Kasih
Sebenarnya kecurangan pasangan atau punca suami berubah kasih ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina.
Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu. Berikut antara sebab-sebabnya :
- Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.
- Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.
- Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.
- Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.
- Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.
Panduan Suami Isteri Dari Al-Quran dan Hadis
Hak Bersama Suami Isteri
- Suami isteri, hendaknya saling mewujudkan suasana mawaddah dan rahmah. (Ar-Rum: 21)
- Hendaknya saling mempercayai dan memahami sifat passangan masing-masing. (An-Nisa’: 19 – Al-Hujuraat: 10)
- Hendaknya menghiasi dengan pergaulan yang harmoni. (An-Nisa’: 19)
- Hendaknya saling menasihati dalam kebaikan. (Muttafaqun Alaih)
Adab Suami Kepada Isteri
- Suami hendaknya menyedari bahawa isteri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (At-taubah: 24)
- Seorang isteri boleh menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. (At-Taghabun: 14)
- Hendaknya sentiasa berdoa kepada Allah meminta isteri yang solehah. (AI-Furqan: 74)
- Antara kewajiban suami terhadap isteri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristeri lebih dari satu. (AI-Ghazali)
- Jika isteri berbuat ‘Nusyuz’, maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berurutan: (a) Memberi nasihat, (b) Pisah kamar, (c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (An-Nisa’: 34)
- Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap isterinya/keluarganya. (HR Tirmidzi)
- Suami tidak boleh kikir dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya.(Ath-Thalaq: 7)
- Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. (HR Tirmidzi)
- Hendaklah jangan selalu mentaati isteri dalam kehidupan rumah tangga. Sebaiknya terkadang menyelisihi mereka. Dalam menyelisihi mereka, ada keberkahan. (HR Baihaqi, Umar bin Khattab ra., Hasan Bashri)
- Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk isterinya. (HR Abu Ya’la)
- Suami wajib menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zalim. (An-Nisa’: 19)
- Suami wajib memberi makan isterinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (HR Abu Dawud).
- Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, Muttafaqun Alaih)
- Suami wajib mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dan lain-lain). (HR AI-Ghazali)
- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri. (An-Nisa’: 3)
- Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada sesiapapun. (HR Nasa’i)
- Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (HR AI-Ghazali)
- Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada isterinya. (AI-Baqarah: 40)
Adab Isteri Kepada Suami
- Hendaknya isteri menyadari clan menerima dengan ikhlas bahwa kaum laki-Iaki adalah pemimpin kaum wanita. (An-Nisa’: 34)
- Hendaknya isteri menyadari bahwa hak (kedudukan) suami setingkat lebih tinggi daripada istri. (Al-Baqarah: 228)
- Isteri wajib mentaati suaminya selama bukan kemaksiatan. (An-Nisa’: 39)
- Antara kewajiban isteri terhadap suaminya, ialah:
Menyerahkan dirinya,
b. Mentaati suami,
c. Tidak keluar rumah, kecuali dengan izinnya,
d. Tinggal di tempat kediaman yang disediakan suami
e. Menggauli suami dengan baik. ( HR Al-Ghazali) - Isteri hendaknya selalu memenuhi hajat biologis suaminya, walaupun sedang dalam kesibukan. (HR Nasa’ i, Muttafaqun Alaih)
- Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur untuk menggaulinya, lalu sang isteri menolaknya, maka penduduk langit akan melaknatnya sehingga suami meridhainya. (HR Muslim)
- Isteri hendaknya mendahulukan hak suami atas orang tuanya. Allah SWT mengampuni dosa-dosa seorang isteri yang mendahulukan hak suaminya daripada hak orang tuanya. (HR Tirmidzi)
- Yang sangat penting bagi isteri adalah redha suami. Isteri yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya akan masuk surga. (HR Ibnu Majah, TIrmidzi)
- Kepentingan isteri mentaati suaminya, telah disabdakan oleh Nabi saw.: “Seandainya dibolehkan sujud sesama manusia, maka aku akan perintahkan isteri bersujud kepada suaminya…” (HR Timridzi)
- Isteri wajib menjaga harta suaminya dengan sebaik-baiknya. (HR Thabrani)
- Isteri hendaknya sentiasa membuat dirinya selalu menarik di hadapan suami. (HR Thabrani)
- Isteri wajib menjaga kehormatan suaminya baik di hadapannya atau di belakangnya (saat suami tidak di rumah). (An-Nisa’: 34)
- Ada empat cubaan berat dalam pernikahan, iaitu: (1) Banyak anak (2) Sedikit harta (3) Tetangga yang buruk (4) lsteri yang berkhianat. (Hasan Al-Bashri)
- Wanita Mukmin hanya dibolehkan berkabung atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari. (Muttafaqun Alaih)
- Wanita dan laki-laki mukmin, wajib menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluannya. (An-Nur: 30-31)
Isteri Solehah
- Apabila’ seorang isteri, menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, niscaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga. (HR Ibnu Hibban)
- Isteri solehah itu lebih sering berada di dalam rumahnya, dan sangat jarang ke luar rumah. (Al-Ahzab : 33)
- Isteri sebaiknya melaksanakan solat lima waktu di dalam rumahnya. Sehingga terjaga dari fitnah. Solatnya seorang wanita di rumahnya lebih utama daripada solat di masjid, dan solatnya wanita di kamarnya lebih utama daripada solat di dalam rumahnya. (HR lbnu Hibban)
Tags: #cara jaga hubungan suami isteri #cara menjadi isteri yang baik #faktor lelaki berpoligami #hidup rumahtangga #kenapa suami bosan dengan isteri #kesilapan isteri sehingga suami tawar hati #punca lelaki berubah kasih #punca penceraian #punca suami berubah #Punca suami berubah hati #punca suami curang #sebab suami berubah hati #sebab suami ingin #sikap isteri punca suami pasang lain #suami nak apa dengan isteri