Pasti ramai dalam kalangan kita yang sukakan aktiviti pantai dan pulau sebagai satu hobi mahupun terapi pada waktu lapang mahupun cuti hujung minggu.
Tidak kurang juga, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti ke destinasi yang menawarkan pulau menarik di Malaysia yang seakan-akan membuatkan anda seperti berada di di negara luar.
Dengan pelbagai pakej bajet pada masa kini, semua orang boleh bercuti dan merasai sendiri aktiviti pantai dan bercorak air bersama sahabat handai serta keluarga tersayang.
Pulau Perhentian yang terletak di daerah Besut, Terengganu pastinya menjadi salah satu daripada destinasi pilihan pelancong sama ada dari luar mahupun dalam negara.
Keindahan sekitar pulau ini yang diliputi kawasan batu karang yang cantik merupakan tarikan utama pengunjung sehinggakan ia layak digelar sebagai “Maldives Malaysia”. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar pasti mempunyai keunikan tersendiri sehingga ia dinobatkan sebagai salah satu pulau tercantik di Malaysia.
Berikut disenaraikan beberapa tempat menarik berserta aktiviti yang wajib dilakukan jika anda menjejakkan kaki ke sini;
1) Snorkeling
Sudah menjadi kelaziman apabila setiap kali mengunjungi pulau, aktiviti senam snorkel ataupun snorkeling menjadi perkara wajib untuk dilakukan semua.
Di Perhentian, terdapat banyak check point dan hot spot untuk melakukan aktiviti snorkeling.
Kebiasaannya, jika anda bercuti dengan mengambil pakej yang disediakan mahupun secara walk in, pasti aktiviti snorkeling ini akan ditawarkan kepada anda.
Sebagai contoh, di kawasan Pulau Perhentian sahaja, terdapat lebih daripada 10 tempat menarik untuk melakukan aktiviti snorkeling.
Antaranya ialah Shark Point, Turtle Point, Turtle Beach, Pulau Seringgih, Fish Point, Coral Bay, Pulau Rawa dan sebagainya.
Pastinya, menerusi aktiviti ini, anda akan melihat sendiri betapa indahnya ciptaan Ilahi yang berada di bawah lautan seperti puluhan spesies ikan serta terumbu karang.
2) Kincir Angin Perhentian
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti hiking, kincir angin di Pulau Perhentian merupakan salah satu tempat wajib anda singgah!
Terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian Kecil (Long Beach), kincir angin yang dibina pada tahun 2003 menjadi salah satu tempat menarik dan Tourist Spot yang datang ke sini.
Kebiasaannya, untuk sampai ke puncak, ia mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit. Kawasan ini menempatkan dua menara kincir angin dari ketinggian kira-kira 30 meter dari aras laut.
Pastinya, adrenaline anda akan diuji tatkala ingin menjejakkan kaki ke puncak menara. Manakan tidak, jalan yang terpaksa anda tempuhi agak berbukit bukau, bercerun dan memerlukan fokus yang amat tinggi untuk mendaki.
Pastinya, penat lelah anda akan hilang sebaik sahaja anda sampai ke puncak menara yang menyajikan keindahan pemandangan Pulau Perhentian dari puncak.
Di sini juga turut disediakan tangga besi khas bagi anda untuk merakamkan gambar kenangan yang berlatarbelakangkan menara kincir angin tersebut.
3) Nightlife Show
Bagi anda yang gemarkan hiburan pada waktu malam, Long Beach merupakan ‘port’ bagi anda untuk berhibur sambil berehat menyaksikan show yang dipersembahkan.
Kebiasaannya, pada setiap malam, terdapat pelbagai pertujukan seperti Night Live Fire Show yang dipersembahkan pemain api profesional dalam kalangan beach boy.
Menerusinya, anda akan dihiburkan dengan persembahan yang diiringi dengan lagu rancak yang telah disusun atur deejay bertugas.
Persembahan kebiasaannya akan bermula pada pukul 10 malam sehingga 3 pagi. Sudah pasti, anda tidak akan rasa kesunyian tatkala mata belum mengantuk.
Bukan itu sahaja, persembahan tarian ala-ala disco juga akan turut berlangsung di malam hari dengan dikunjungi pelancong dari merata tempat.
Terdapat juga gerai makanan di sekitarnya yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang boleh anda nikmati disamping beristirehat merasai udara segar.
4) Aktiviti Pantai
Bagi mereka yang mahupun aktiviti lain selain snorkeling mahupun scuba, anda juga boleh memilih untuk melakukan aktiviti pantai lain seperti bermain banana boat dan jet ski.
Harga yang ditawarkan adalah pada kadar harga yang cukup berbaloi, anda boleh merasai sendiri pengalaman untuk bermain banana boat bersama rakan-rakan.
Dengan bayaran serendah RM15 seorang, aktiviti banana boat di kawasan Long Beach pastinya akan menjadi lebih seronok jika dipahatkan sebagai satu memori indah dalam diari kehidupan anda.
Permainan jet ski juga ditawarkan bagi mereka yang berminat pada kadar sewaan berpatutan di tempat-tempat yang ditentukan.
5) Island Hoping
Pulau Perhentian juga menyediakan aktiviti Island Hoping terutama bagi mereka yang cintakan keindahan alam.
Dengan kadar bayaran pakej yang ditetapkan, anda pastinya akan dapat mengikuti aktiviti Island Hoping yang pastinya menyeronokkan berserta dengan jurupandu arah yang berpengalaman.
Kebiasaannya, anda akan dibawa menyusuri kawasan-kawasan khas seperti laluan pantai yang menarik dan beberapa kawasan lain mengikut pakej yang ditetapkan agensi pelancongan.
Pastinya pengalaman sedemikian membuatkan anda seakan-akan tidak mahu pulang ke rumah dan ingin menjejakkan kaki buat kali kedua di sini.
Jadi apa tunggu lagi, ayuh ke Maldives Malaysia @ Pulau Perhentian di Terengganu!
Tags: #apa yang menarik di terengganu #kincir angin #kincir angin perhentian #menarik terengganu #nightlife perhentian #pantai long beach #perhentian #perhentian kecil #Pulau perhentian #pulau perhentian besar #pulau perhentian kecil #snorkeling #taman laut malaysia #taman laut terengganu #terengganu