Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Burung Walit Menghasilkan Sarang Yang Bermutu Dan Tinggi Nilai Pasaran

Pengenalan projek sarang burung walit

Projek sarang burung walit ini sebenarnya telah mula mendapat perhatian di Semenanjung Malaysia. Ini kerana pasaran sekilogram sarang burung walit agak mahal. Tapi sebelum menjalankan projek ini, kita mestilah mempunyai pengetahuan dan teknik, habitat dan perlakuan burung walit ini. Di masa saya sedang sibuk mencari info, dapatlah saya berkongsi di sini untuk pengetahuan pembaca.

Pada masa dahulu ramai orang berpendapat bahawa sarang walit  di bina daripada rumpai laut. Namun sangkaan tersebut amatlah meleset. Proses pembuatan sarang dilakukan secara bergantian oleh burung jantan dan betina. Air liur dihasilkan dari kalenjar air liur (grandula saliva) yang membesar pada saat musim burung mengawan. Kalenjar air liur bagi burung walit dewasa dalam keadaan aktif boleh mencapai lebar sehingga 3-4 mm dan panjang kurang lebih 5-6 mm.

Sarang burung walit pada dasarnya berwarna putih dan bersifat kenyal (tergantung kandungan air), mempunyai bau khas seperti telur dengan bentuk menyerupai sampan dan terdiri dari rerambut yang berserabut yang memanjang. Hujung sarang dan bahagian sarang yang menempel pada dinding adalah lebih keras daripada bahagian sarang yang lain. Di dalam sarang terdapat anyaman seperti jala yang berfungsi sebagai  tempat meletak telur supaya selamat dan tidak mudah pecah. Anak burung walit yang baru menetas tidak berbulu dan sangat lemah serta belum mampu untuk mencari makanan sendiri. Ibu burung walit akan menyuapkan makanan sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari.

Khasiat sarang burung walit

  • Sebagai ‘gen kecantikan’
    Sarang burung terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit (“EGF”). EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan. Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.
  • Untuk rawatan penyakit pernafasan
    Sarang burung berfungsi ajaib untuk penyakit yang berkaitan sistem pernafasan. Beberapa buku perubatan purba menekankan terhadap kebergunaan sarang burung ke arah sistem rawatan penyakit paru-paru. Ini kerana, ia bertindak sebagai “agen pembersihan paru-paru” untuk perokok tegar.
  • Mengkuatkan Jantung, Kesan Antihipertensi
    Ekstrak daripada sarang burung mempunyai keupayaan mengukuhkan jantung. Pengambilan kerap ekstrak sarang burung juga menunjukkan keputusan penting dalam menurunkan tekanan darah.
  • Anti-pengoksidaan, Anti-Penuaan
    Kajian perubatan menunjukkan sarang burung adalah makanan yang mengandungi antioksidan di mana membantu dalam detoksifikasi. Penggunaan jangka panjang sarang burung juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.

  • Anti-Penuaan, memperbaiki saluran pencernaan
    Ia membantu menguatkan tenaga,meningkatkan gaya hidup aktif dan meningkatkan keupayaan memori terutamanya bagi golongan orang tua.
  • Produk kesihatan terbaik untuk wanita hamil
    Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia. Sarang burung mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik. Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan SA yang tinggi. Mengikut kajian Jepun, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi. Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu,dan meningkatkan imuniti.
  • Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik
    Mencantikan kulit dan menjadikan kulit licin dan cerah. Serta boleh mengurangkan kedutan dan jerawat, menstabilkan kitaran haid, membantu melegakan sakit haid. Mengelakkan arteri tersumbat, tekanan darah tinggi (hypertensi) dan penyakit- penyakit yang berkaitan dengan jantung.
  • Lain-lain faedah
    Membantu melegakan kesakitan sendi dan Mesopotamia, menguatkan bahagian belakang dan menyihatkan buah pinggang. Melegakan keletihan dari tekanan. Menguatkan daya tahan tubuh untuk mencegah demam, selesema, mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Berkesan dalam rawatan sirosis hati Hepatitis B.

Teknik pungut sarang burung walit

  • Pungutan Secara Rampas 

Cara ini dilakukan setelah sarang siap dipakai untuk bertelur, tetapi pasangan walet itu belum sempat bertelur. Cara ini mempunyai keuntungan iaitu jarak waktu pungut cepat, kualiti sarang burung bagus dan total produksi sarang burung pertahun lebih banyak. Kelemahan cara ini tidak baik dalam perkembangan burung walit. Keadaan burung akan lemah kerana terus menerus membuat sarang sehingga tidak ada waktu untuk istirahat. Kualiti sarangnya juga merosot dan menjadi lebih kecil dan nipis kerana pengeluaran air liur tidak mampu untuk mengimbangi waktu untuk membuat sarang dan bertelur.

  • Pungutan Secara Buang Telur

Cara ini dilaksanakan setelah burung membuat sarang dan bertelur. Telur diambil dan dibuang kemudian sarangnya diambil. Cara ini mempunyai keuntungan iaitu dalam setahun dapat dilakukan pungutan sehingga 4 kali dan mutu sarang yang dihasilkan pun baik kerana sempurna dan tebal. Namun, dari segi kelemahannya pula ialah burung walit tidak ada kesempatan untuk menetaskan telurnya.

  • Pungutan Secara Penetasan 

Cara ini dilakukan ketika anak-anak walet mula menetas dan sudah boleh terbang. Kelemahannya ialah mutu sarang menjadi rendah kerana ia sudah mulai rosak dan dicemari oleh kotoran dan najis burung. Dari segi keuntungannya pula ialah burung walit dapat membiak dengan lebih tenang dan aman sehingga populasi burung meningkat. Selain itu juga, terdapat beberapa waktu pungutan yang biasa dilakukan iaitu :

  • Pungutan sebanyak empat kali setahun 

Pungutan ini dilakukan apabila walit sudah biasa dengan habitatnya (rumah) dan telah padat dari segi jumlahnya. Cara yang digunapakai ialah dengan cara pungutan secara rampas.

  • Pungutan sebanyak tiga kali setahun

Kekerapan pungutan ini sangat baik bagi rumah ternakan walit yang sudah berjalan dan masih memerlukan penambahan populasi. Cara yang dipakai ialah dengan cara pungutan tsecara penetasan.

  • Pungutan sebanyak dua kali setahun 

Cara pungut ini dilakukan pada awal penternakan  dan bertujuannya untuk memperbanyakkan populasi burung walit. Rekabentuk Rumah Burung Walit Jika kita ingin mengkaji habitat semula jadi burung walit, ia biasanya akan bersarang di gua-gua yang lembab, maka sudah pasti rumah burung walit yang akan dibina perlu dilengkapi dengan keadaan suhu yang sesuai, kelembapan yang tinggi dan ruang pintu masuk dan keluar serta rekenbentuk dinding yang memudahkan burung walit bersarang.

Kesesuaian projek

Pada pandangan saya sendiri, projek ini sangat mampu menampung perbelanjaan peribadi dan boleh dijadikan sumber pendapatan. Tetapi, ia juga perlu dikaji dengan lebih mendalam jika mahu mengusahakannya. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah :

  • Adakah burung walit akan terus hinggap dan bersarang di dalam bangunan yang anda bina? Kerana kita gagal mengawal faktor penghijahan burung dan pembangunan kawasan ternakan di masa hadapan.
  • Berapa lamakah tempoh masa untuk projek mengeluarkan hasil? Sedangkan anda terpaksa membayar pinjaman. Lainlah kepada mereka yang ada duit lebih.
  • Dari segi pasaran, apakah yang akan terjadi sekiranya berlaku lambakan sarang burung walit di pasaran?
  • Harga pasaran dan gred sarang dihasilkan. Adakah menepati kehendak pasaran?

Apapun projek yang bakal anda laksanakan ia perlu disusuli dengan usaha yang gigih. Disamping itu, fikirkan risiko terlebih dahulu dari memikirkan keuntungan.

Gambar berkaitan projek sarang burung walit :

Palang-kayu-dibuat-untuk-memberikan-ruang-burung-walit-membuat-sarang-e1477006512155-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Palang Kayu Dibuat Untuk Memberikan Ruang Burung Walit Membuat Sarang

sup-sarang-burung-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Sup Sarang Burung

kualiti-sarang-burung-walit-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Kualiti Sarang Burung Walit

jenis-sarang-burung-walit-yang-dihasilkan-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Jenis Sarang Burung Walit Yang Dihasilkan

contoh-rumah-walit-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Contoh Rumah Walit

contoh-rekabentuk-rumah-burung-walit-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Contoh Rekabentuk Rumah Burung Walit

contoh-rekaan-sarang-burung-walit-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Contoh Rekaan Sarang Burung Walit

burung-walit-menghasilkan-sarang-yang-bermutu-dan-tinggi-nilai-pasaran-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Burung Walit Menghasilkan Sarang Yang Bermutu Dan Tinggi Nilai Pasaran

anak-burung-walit-yang-menetas-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Anak Burung Walit Yang Menetas

anak-dan-sarang-burung-walit-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Anak Dan Sarang Burung Walit

bentuk-bangunan-sarang-burung-walit-150x150 Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya

Bentuk Bangunan Sarang Burung Walit

 

Loading...

Tags: #contoh rumah burung walit #gambar rumah burung walid #gambar sarang burung walit #kaedah pungut sarang burung walit #kesesuaian projek sarang burung walit #khasiat sarang burung #projek sarang burung walit #sarang burung walit #teknik pungut sarang burung walit

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Projek Sarang Burung Walit, Kaedah Tuaian Dan Khasiatnya"