Petua Terbaik Elak Kain Baju Bertimbun, Lipat Kain Dengan Pantas

Petua Lipat Kain

Pengasingan pakaian mengikut jenis
Apabila kain baju kering diampaian, sediakan dua bakul kain dan asingkan dua jenis pakaian kepada pakaian biasa dan pakaian kecil (stokin, sapu tangan dan pakaian dalam). Petua ini akan memudahkan anda sewaktu proses kerja melipat kain.

Selain itu, ia memberikan perasaan tidak terbeban dek kerana pandangan mata anda melihat kain bertimbun dalam satu bakul. Padahal kain yang besar dan tebal menyebabkan timbunan kain nampak banyak, seterusnya menyebabkan anda menjadi malas. Apabila kain dibahagikan kepada dua jenis yang utama, ia nampak sedikit dan memberikan mood yang baik untuk anda melipat kain.

Melipat kain waktu santai
Waktu paling santai dan releks untuk melipat kain adalah sewaktu menonton rancangan kegemaran. Kalau khusyuk tengok rancangan yang kita suka, sudah pasti anda sendiri pun tidak sedar, bahawa kain yang bertimbun dapat diselesaikan dalam sekelip mata.

Membahagikan tugasan bersama ahli keluarga
Anda boleh berbincang dengan suami dirumah, untuk bahagikan tugas samada si suami mencuci dan menjemur kain. Manakala, anda mengangkat kain dan melipat. Tugasan ini lebih menarik jika tugas diagihkan dengan adil.

Selain itu, jika anda mempunyai anak berumur 4 tahun ke atas, anda boleh melatihnya melipatkan bersama. Anak kecil pada usia sebegini amat menyukai aktiviti baru mereka. Ini pasti mengukuhkan lagi hubungan kasih sayang antara anak dengan ibubapa, sambil menyiapkan kerja rumah.

logo-150x150 Petua Terbaik Elak Kain Baju Bertimbun, Lipat Kain Dengan Pantas

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Petua Terbaik Elak Kain Baju Bertimbun, Lipat Kain Dengan Pantas

Loading...

Tags: #cara efisen lipat kain #cara lipat kain mudah #Lipat Kain Dengan Pantas #malas melipat kain #petua melipat kain pantas #petua Mengelakkan Kain Baju Bertimbun

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Petua Terbaik Elak Kain Baju Bertimbun, Lipat Kain Dengan Pantas"