Petua Supaya Kerja Memasak Lebih Sempurna. Ini Caranya!

Petua Supaya Kerja Memasak Lebih Sempurna. Ini Caranya!

Masakan terlebih dan terlampau masin

Kadangkala lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan ke dalam masakkan itu tadi dan rasa masin akan berkurangan.

Menghilangkan lemak pada ayam

Ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas itu, bilaskan semula menggunakan air. Selesai, ayam telah bersedia untuk dimasak.

Merasa garam dalam masakan

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit, ini menandakan masakan anda terlebih garam.

Membersihkan minyak selepas menggoreng

Jika minyak selepas menggoreng menjadi hitam, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan tadi. Hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi untuk beberapa kali.

Menghilangkan gatal pada sayur keladi

Bagi menghilangkan rasa gatal pada sayur keladi, masukkan pelepah pisang yang dikerat sepanjang satu inci. Kemudian, masukkan ke dalam masakan keladi. Pasti sayuran tersebut tidak akan gatal malah lebih sedap untuk dinikmati.

Menghilangkan rasa panas terkena lada

Jika anda banyak menggunakan lada semasa memasak, sudah pasti tangan dan jari anda terasa panas . Bagi mengatasi masalah ini, ambil setengah gelas air dan dua sudu makan garam. Kacau sehingga sebati. Kemudian ambilkan larutan tadi dan gosokkan pada tangan yang terkena panas itu. Kemudian hangatkan di depan api sehingga kering. Selesai, bersihkan tangan tadi dengan air sejuk. Pasti rasa panas tadi akan hilang.

Mewangikan ruang dapur

Dapur anda pasti berbau hanyir terutama selepas proses menyiang ikan dilakukan. Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa dengan sukatan berpatutan. Kemudian, sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan di ruang dapur anda.

Cara mudah mengupas ubi kentang

Basuh ibu kentang terlebih dahulu dan rebuslah selama lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk. Hasilnya kulit ubi kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.

Mengelakkan tauhu melekat pada kuali

Jika menggoreng tauhu, pasti ia akan melekat pada kuali. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum menggoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi pada kuali anda.

Simpan udang supaya lebih tahan lama dan segar

Untuk menjadikan udang disimpan supaya lebih tahan lama, campurkan udang tersebut dengan perahan air limau nipis. Udang tersebut akan tahan untuk disimpan dalam beberapa hari.

Hilangkan bau hanyir ikan air tawar

Ambil asam jawa dan campurkan dengan air panas. Kemudian, bersihkan ikan dengan air asam jawa tadi. Selepas itu, gunakan sedikit cuka yang dicampur dengan air dan ratakan pada ikan tadi. Selesai, bilas dengan air bersih. Ikan air tawar tidak akan berbau hanyir dan tersedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.

logo-150x150 Petua Supaya Kerja Memasak Lebih Sempurna. Ini Caranya!

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Petua Supaya Kerja Memasak Lebih Sempurna. Ini Caranya!

Loading...

Tags: #Cara mudah mengupas ubi kentang #Hilangkan bau hanyir ikan air tawar #Masakan terlebih dan terlampau masin #Membersihkan minyak selepas menggoreng #Mengelakkan tauhu melekat pada kuali #Menghilangkan gatal pada sayur keladi #Menghilangkan lemak pada ayam #Menghilangkan rasa panas terkena lada #Merasa garam dalam masakan #Mewangikan ruang dapur #Simpan udang supaya lebih tahan lama dan segar

Bagaimana Merancang Membeli-belah Barangan Dapur @ Keperluan Asas ?
Merancang perbelanjaan dapur anda dengan cekap boleh membantu anda menguruskan kewangan anda, mengelakkan
Tiga Teknik Paling Mudah Selesaikan Masalah Salur Paip Tersumbat
Anda boleh cuba menggunakan 3 teknik mudah ini tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang
Menghilangkan Bau Kurang Enak Di Dapur Anda Dengan Tips Mudah Ini!
Dapur merupakan salah satu ruangan penting dalam rumah kerana di situlah semua makanan
Bahan-Bahan Asas Masakan Yang Perlu Ada Di Dapur Anda. Petua Memasak!
Bahan Asas Masakan Wajib Ada Di Dapur Anda Ketika Anda terlalu malas untuk

Leave a reply "Petua Supaya Kerja Memasak Lebih Sempurna. Ini Caranya!"