Petua Merawat Hernia, Medu Angin, Uluran. Senarai Makanan Ini Patut Dijauhi!

Petua Merawat Hernia, Medu Angin,Uluran, Angin Pasang Lelaki

Jika anda menghidap penyakit hernia yang juga dikenali sebagai medu angin, angin pasang dan uluran, anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut adalah antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang untuk dimakan dan diminum untuk sementara waktu :

  • Makanan dan minuman yang sejuk

Contoh buah-buahan : Tembikai, pisang goreng, pisang mentah, duku, ciku, manggis dan betik.

Contoh sayuran : Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.

Contoh minuman : Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.

  • Makanan dan minuman masam (berasid)

Contoh : Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam, daging kerbau.

  • Makanan dan minuman bergas

Contoh : Durian, tapai, minuman berkarbonat dan bergas.

  • Makanan dan minuman mengandungi kafein

Contoh : Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya termasuk rokok.

  • Lain-lain makanan dan minuman yang boleh mendatangkan angin

Contoh : Petai, jering dan kerdas, susu tin (cair, krimer atau pekat manis).

Amalan Lain Yang Perlu Diamalkan

  • Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • Selalu amalkan meminum segelas air masak atau air suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
  • Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, segeralah ke tandas.
  • Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan.

Petua dan Cara Merawat Hernia Secara Tradisional

Penyakit hernia boleh dirawat tanpa pembedahan. Ia boleh dirawat melalui kaedah urutan tradisional dan pengambilan herba tradisional. Beberapa ikhtiar yang boleh dibuat bagi membantu mengurangkan kesakitan dan insyaAllah untuk kesembuhan adalah seperti berikut :

Petua 1

Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.

Petua 2

Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Petua 3

Sediakan madu lebah (6 sudu besar untuk sehari), akar dan daun pegaga (secekak untuk sehari), gula batu (5 ketul kecil), Habbatus Sawda’(7 cubit -sebaiknya bijian) dan air putih mati (air masak yang telah sejuk) 3 cawan sehari, untuk 3 kali minum. Amal sehingga 7 hari berturut-turut.

Semua bahan tersebut dibersihkan setelah itu dicampur dan dilumatkan (termasuk gula batu).
Kemudian, semua bahan tadi dicampurkan ke dalam air, dan ditapis. Campur dengan 2 sudu besar madu, minum setiap pagi sebelum sarapan, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur.

Petua 4

Sediakan madu lebah (6 sudu besar untuk sehari), minyak atau pati Habbatus Sawda’ (7 cubit atau 5 sudu kecil minyak/pati). Juga untuk amalan 7 hari berturut-turut.

Kedua-dua bahan tersebut, dicampur, makan 2 sudu madu lebah dan 1-2 cubit Habbatus Sawda’ atau 1-2 sudu pati Habbatus Sawda’ sebelum sarapan, petang sebelum Maghrib dan malam sebelum tidur. Digalakkan menyapu atau menggosok minyak atau pati Habbatus Sawda’ ke bahagian sekeliling testis (telur), sebelum tidur, setiap malam.

Petua 5

Sediakan sebiji telur ayam kampung, 3 sudu makan madu asli, 3 sudu makan minyak sapi dan air masak secukupnya. Tuangkan telur, madu dan minyak sapi ke dalam gelas lalu tambahkan sedikit air, setelah itu kacau hingga rata. Kemudian minum di waktu pagi hari, hasilnya akan anda rasakan pada perut yang terasa sakit.

Loading...

Tags: #Amalan perlu Diamalkan pesakit uluran hernia medu #angin dalam badan punca sesak nafas #angin dalam dada #angin hempedu #angin pasang #biji angin #Cara Merawat Hernia Secara Tradisional #cara tradisional merawat medu angin #cara urut buang angin dalam badan #doa buang angin dalam badan #kesan angin dalam badan #makanan dilarang kepada pesakit medu hernia #makanan yang harus dielak oleh penghidap hernia #medu angin #merawat sakit uluran #penyakit hernia #petua merawat hernia #petua tradisional rawat uluran medu #sakit medu angin #sakit uluran #uluran #uluran angin

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.