Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Kehadirannya dalam sesebuah kedai biar pun hanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk.
Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat.
Jadi, tidak hairanlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis. Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita.
Ada beberapa cara yang kerap dilakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan sebagainya. Namun, cara seperti menggunakan racun akan menyebabkan bau busuk bangkai apabila tikus yang mati di tempat-tempat seperti atas siling atau kawasan loteng, di tempat-tempat sempit dan jika anda tidak menemui bangkai tikus itu berada di mana.
Terdapat cara dan petua tradisional yang boleh diguna pakai untuk menghalau tikus dari rumah. Berikut merupakan beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk membasmi masalah tikus yang menumpang di rumah anda.
- Amonia
Campur dua senduk detergen, seperempat gelas air dan dua cawan amonia. Tempatkan cairan ini di tempat yang sering disinggahi tikus. Bau kuat amonia yang tidak disukai oleh tikus.
- Minyak Peppermint
Minyak peppermint dapat digunakan untuk mengusir tikus. Apa yang harus anda lakukan ialah sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.
- Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.
- Bulu Burung Hantu atau Ular Plastik
Bulu burung hantu akan menakutkan tikus dan memaksa mereka pergi. Cubalah letakkan beberapa bulu burung hantu di dalam lubang tikus. Anda juga boleh menggunakan ular plastik untuk menakutkan tikus. Tetapi janganlah ular plastik yang saiznya lebih kecil berbanding tikus.
- Kapur Barus
Hancurkan beberapa kapur barus, kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi laluan tikus. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.
- Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.
- Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus. Letakkan daun pandan berdekatan lubang tikus atau di laluannya.
- Bawang
Bawang sangat efektif untuk menyingkirkan tikus secara alami. Bau bawang sangat tidak disukai tikus. Hiris bawang dan letakkan di dalam bekas. Letakkannya di laluan tikus atau dekat dengan lubang mereka.
- Cat Badan Tikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuat kawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
- Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama bagi tikus.
Tags: #Bagaimana Menghapuskan Tikus Dari Bermaharajalela Di Rumah #cara halau tikus #halau tikus tanpa membunuhnya #masalah tikus dalam premis #petua menghalau tikus #petua menghalau tikus dari rumah #petua tradisional halau tikus #TIPS MENGHALAU TIKUS NAKAL DALAM RUMAH