Kulit ketiak yang gelap muncul akibat adanya pengumpulan sel kulit mati akibat terlalu sering mencukur ketiak atau kerana kondisi ketiak yang selalu berkeringat sehingga menjadi tempat yang baik untuk aktiviti bakteria di kulit.
Jika dibiarkan, bakteria ini akan menghasilkan sel kulit mati dan juga menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Oleh sebab itu, untuk menghadapi masalah ketiak yang menghitam, mari lakukan beberapa cara memutihkan ketiak secara semulajadi berikut :
- Betik dan Madu
Betik dan madu tidak hanya enak dimakan, tetapi juga memiliki manfaat memutihkan ketiak. Kandungan asid arkobat yang terdapat pada betik dapat mempercepat pengelupasan sel kulit mati pada kulit. Manakala madu memiliki kandungan vitamin C dan polifenol yang berguna untuk mencerahkan kulit ketiak. Caranya, ambil 1/4 buah betik mengkal kemudian haluskan dengan blender. Tambah 2 sudu makan madu dan sapukan di ketiak. Biarkan selama lebih kurang 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
- kunyit
Kunyit bukan sahaja digunakan untuk memasak tapi juga bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Beberapa produk lotion pun ada yang menggunakan kunyit sebagai bahan pemutih semulajadi. Anda tidak perlu susah payah menggilingnya, cukup beli sahaja di pasar yang sudah dijadikan serbuk. Caranya cukup mudah, larutkan 2 sudu serbuk kunyit dalam air dan oleskan di ketiak. Bilas sesudah dibiarkan beberapa minit.
- Yogurt dan susu
Yogurt dan susu banyak mengandungi asid laktat, iaitu bahan yang mampu memutihkan ketiak secara semulajadi. Campurkan yogurt dengan beberapa sudu susu. Kemudian sapu sebagai scrub dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan rutin setiap minggu untuk mendapat hasil yang diidamkan.
- Timun
Efeknya yang menyegarkan dapat membantu melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak bahkan dapat digunakan untuk memutihkan ketiak. Untuk mengatasi ketiak gelap, caranya sangatlah mudah. Haluskan timun dan maskerkan pada ketiak anda. Sesudah dibiarkan selama 15 hingga 20 minit, bersihkan dengan air yang bersih. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan 2 hingga 3 kali seminggu.
- Baking Soda
Baking soda yang biasanya digunakan untuk membuat kek atau kuih sebenarnya boleh digunakan untuk memutihkan ketiak. Baking soda memiliki kalsium yang boleh mengangkat sel kulit mati. Caranya cukup mudah iaitu dengan ambil secubit baking soda, larutkan dalam air dan oleskan di ketiak. Gosok selama lebih kurang 2 hingga 3 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
- Lemon atau asam limau nipis
Lemon adalah salah satu buah yang telah banyak diteliti dan terbukti dapat membantu dalam mencerahkan kulit ketiak. Jika anda tidak memiliki lemon, anda dapat menggunakan asam limau nipis untuk mendapatkan manfaat yang sama. Ambil sebiji buah lemon/ limau nipis, kemudian cuci bersih. Hiris buah tersebut dengan ketebalan 5mm. Gosokkan hirisan tadi pada area ketiak yang berwarna selama 3 hingga 5 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Sapukan pelembab pada ketiak (boleh juga dengan madu) selama 10 minit kemudian bilas hingga bersih. Ini perlu kerana lemon/ limau nipis dapat membuat kulit menjadi kering.
- Gula
Gula memiliki butiran yang sedikit kasar untuk membantu pengelupasan sel kulit mati. Penggunaan gula untuk memutihkan ketiak biasanya digabungkan dengan minyak zaitun yang kaya vitamin E untuk memicu pembentukan sel kulit yang baru dan menjaga kulit agar tetap halus. Ambil 1 sudu makan gula pasir atau gula merah. Tambahkan 1 sudu makan minyak zaitun dan campur hingga rata. Oleskan ke kulit ketiak dan tunggu selama 1 hingga 2 minit, kemudian bilas. Lakukan cara ini 2 kali dalam seminggu sampai anda mendapatkan hasil yang diharapkan.
- Kulit oren
Kulit oren dapat digunakan sebagai scrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada ketiak kerana memiliki butiran-butiran yang cukup kasar dan mengandungi asid yang cukup tinggi untuk mempermudah pengelupasan kulit. Ambil sebiji oren dan pisahkan kulit dari isi buahnya. Jemur kulit oren di bawah sinar matahari hingga benar-benar kering. Haluskan kulit oren dengan blender. Tambahkan sedikit air atau susu sehingga kulit oren sedikit lembab dan dapat menempel. Gosokkan pada ketiak selama 10 minit dan bilas dengan menggunakan air dingin. Seperti lemon dan asam limau nipis, anda perlu memakai pelembap selepasnya.
- Minyak kelapa atau minyak zaitun
Minyak kelapa dan minyak zaitun memiliki kandungan vitamin E yang tinggi yang sangat baik dalam menjaga kesihatan kulit. Minyak ini dapat menjaga kelembapan kulit anda dan juga membantu menanggalkan sel kulit mati. Anda hanya perlu menyapukannya pada ketiak dan biarkan selama 15 minit lalu bilas hingga bersih. Ulangi langkah ini setiap hari selepas mandi.
- Lidah buaya
Lidah buaya memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kulit, salah satunya ialah dapat memutihkan ketiak. Ambil 1 tangkai daun lidah buaya dan cuci hingga bersih. Potong lidah buaya dan ambil bahagian gel. Oleskan gel tersebut pada ketiak dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas hingga bersih. Lakukan cara ini 2 kali sehari selepas mandi.
Rujukan : https://familinia.com
Tags: #cara memutihkan ketiak dan selangkangan #cara memutihkan ketiak secara alami #cara memutihkan ketiak secara alami dan permanen #cara menghilangkan ketiak hitam dan berbulu #cara menghilangkan ketiak hitam dengan bahan asli #cara putihkan ketiak #ketiak #ketiak gelap #ketiak hitam #manfaat jeruk nipis untuk ketiak hitam #penyakit ketiak hitam #petua alami #petua kecantikan wanita #petua memutihkan ketiak #petua memutihkan ketiak dengan bahan alami #petua memutihkan ketiak dengan bahan semulajadi #petua memutihkan ketiak secara semulajadi #petua semulajadi #produk memutihkan ketiak #putihkan ketiak #tips memutihkan ketiak