Petua Hilangkan Bulu Pada Wajah Wanita Yang Nampak Seperti Misai

Petua Hilangkan Bulu Pada Wajah Wanita Yang Nampak Seperti Misai

Bulu halus pada wajah wanita yang biasanya muncul di atas bahagian bibir kelihatan seperti misai atau kumis yang halus. Ada yang beranggapan, bahawa wanita yang memiliki kumis atau bulu halus ini memang memberikan kesan seksi.

Namun ada pula wanita yang merasa tidak selesa dengan tumbuhnya bulu-bulu halus tersebut di area atas bibir mereka. Apatah lagi jika bulu halus tersebut tumbuh semakin lebat dan panjang.

Ada beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab bulu kumis tumbuh di atas bibir wanita. Antaranya ialah kerana faktor hormon wanita tersebut. Pada umumnya wanita memang tidak memiliki kumis, namun ada pula yang memiliki hormon tertentu sehingga ada bulu halus yang tumbuh di area atas bibirnya.

Faktor genetik juga mempengaruhi tumbuhnya kumis pada wanita dan perkara ini biasanya diturunkan dari orang tua. Selain itu, pernah mencukur atau mencabut bulu di area atas bibir juga boleh merangsang tumbuhnya bulu kumis yang lebih panjang, tebal, dan lebat.

Tapi usah risau kerana terdapat beberapa petua tradisional untuk menghilangkan kumis atau bulu halus ini secara kekal. Berikut adalah beberpa petua yang boleh dicuba.

  1. Lemon

Caranya ialah campurkan 2 sudu teh lemon dengan 2 sudu teh gula. Kemudian tambahkan 10 sudu air masak. kacau hingga rata lalu sapukan pada daerah bulu halus di wajah anda. Biarkan lebih kurang 15 minit hingga masker mengering. Katanya masker lemon tidak boleh digunakan untuk menghilangkan kumis secara kekal, namun dapat mengurangkan dan menghilangkan kumis serta bulu halus yang tumbuh di wajah anda.

  1. Kunyit

Cara menggunakan kunyit untuk menghilangkan kumis pada daerah atas bibir adalah mudah. Caranya ialah campurkan beberapa sudu serbuk kunyit dengan air secukupnya, lalu masukkan beberapa titis susu. Gunakan sebagai masker, sapukan pada area wajah di mana bulu-bulu halus tumbuh. Biarkan sejenak hingga mengering. Lalu bilas wajah anda dengan air suam sehingga bersih.

  1. Betik

Cara menggunakan betik untuk menghilangkan bulu halus ialah dengan menumbuknya hingga halus lalu digunakan sebagai masker. Sapukan pada daerah tumbuhnya kumis, biarkan, lalu bilas wajah anda hingga bersih. Betik mengandungi enzim papain yang dapat mencegah pertumbuhan rambut. Oleh itu, menggunakan betik untuk menghilangkan bulu halus merupakan cara yang tepat kerana bulu halus tidak akan tumbuh lagi di wajah anda tanpa perlu mencukurnya.

  1. Madu

Madu dapat digunakan untuk menghilangkan bulu halus pada wajah wanita. Caranya ialah sediakan madu lalu campurkan dengan lemon dan gula. Gunakan adunan tersebut sebagai masker untuk mengatasi bulu halus yang tumbuh di area atas bibir. Setelah disapukan, biarkan seketika hingga mengering, kemudian bilas wajah hingga bersih.

  1. Putih Telur

Putih telur juga dapat digunakan untuk menghilangkan bulu halus pada wajah wanita. Caranya ialah buat adunan putih telur, 1 sudu gula, dan tepung jagung. Campur dan kacau hingga sebati. Sapukan adunan masker tersebut pada kumis anda lalu biarkan seketika hingga masker tersebut mengering. Setelah kering, anda dapat menariknya dengan kuat agar bulu-bulu halus tersebut turut tercabut. Dengan menggunakan cara ini bulu halus dan kumis pada wajah tidak akan tumbuh lagi selamanya.

Loading...

Tags: #buang bulu pada muka #cara hilangkan bulu di muka #cara hilangkan bulu halus pada wajah #cara hilangkan misai lelaki #cara hilangkan misai perempuan dengan cepat #cara hilangkan misai secara kekal #cara menghilangkan bulu di wajah agar tidak tumbuh lagi #cara menghilangkan misai secara kekal #kenapa perempuan ada misai #kumis pada wajah wanita #misai wanita #petua hilangkan bulu halus apda muka #petua hilangkan bulu halus di atas bibir wanita #petua hilangkan kumis halus pada wajah wanita

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.