Petua Bagaimana Hilangkan Sakit Perut?

Petua Bagaimana Hilangkan Sakit Perut

  • Petua menghilangkan sakit perut akibat sembelit

Sembelit juga boleh menyebabkan anda sakit perut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh sembelit, amalkan cara seperti masukkan banyak fiber dalam diet seharian, minum air dengan banyak dan jangan lupa amalkan senaman yang kerap.

  • Petua menghilangkan sakit perut akibat kembung

Angin yang banyak dalam badan boleh menyebabkan rasa kembung, senak, sering sendawa dan kentut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh kembung, amalkan minum air kosong dengan banyak dan kurangkan minum air bergas atau minuman manis. Anda juga perlu mengelakkan memakan sayur-sayuran yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis. Kurangkan makan makanan tinggi lemak serta makan dengan cara perlahan-lahan untuk mengelakkan angin masuk dalam badan. Kurangkan minum susu atau produk tenusu jika badan anda lactose intolerant.

  • Petua senak perut akibat masalah pencernaan

Cara mengatasi masalah senak perut akibat terlalu penuh dan masalah pencernaan dengan cara mengurangkan minuman berkafein, makanan pedas, makanan berlemak dan berminyak. Anda perlu makan dalam kuantiti yang kecil serta mengamalkan aturan makan perlahan-lahan. Elakkan daripada baring selepas makan. Bagi perokok, kurang habit merokok anda.

  • Petua sakit perut dan sembelit

Kurang membuang air besar adalah penyebab utama masalah ini. Anda boleh mengatasi dengan cara memperbanyakkan makanan yang berserat tinggi setiap hari serta mengamalkan amalan minum air kosong dengan banyak. Bersenam juga boleh mengurangkan risiko sembelit.

  • Cara mengatasi sakit perut bahan mudah diperolehi;
  1. Halia
    Sifat halia yang panas menekan angin yang terperangkap di dalam perut untuk keluar, baik dengan bersendawa atau melalui kentut. Angin yang terperangkap ini wujud akibat sifat makan secara berlebihan atau tidak terkawal. Secara lazimnya, halia merupakan ejen pembuangan angin yang paling berkesan. Jika anda mendapati perut anda terasa kembung, cepat-cepat buat teh halia.
  2. Daun pokok jambu batu
    Daun jambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan sakit perut. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.
  3. Daun pokok cermai
    Sediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun cermai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.
  4. Bawang merah
    Petua lain untuk menghilangkan sakit perut ialah dengan menggunakan bawang merah. Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri. Rasa sakit perut akan hilang.
  5. Serbuk penaik atau soda
    Jika anda seorang yang tidak kisahkan rasa yang kurang enak demi mendapatkan kelegaan pantas, bahan inilah yang paling sesuai untuk anda. Serbuk penaik atau soda bikarbonat mempunyai sifat yang sama seperti antasid. Serbuk penaik boleh dilarut dalam air untuk membantu anda menurunkan kadar keasidan dalam perut dan mengelakkan anda mengalami rasa pedih ulu hati. Jika anda rasa larutan soda bikarbonat ini sangat tidak sedap, tambahkan sedikit jus lemon untuk membantu anda menelan larutan tersebut. Anda boleh juga mencuba produk ENO di pasaran bagi yang malas menyediakan sendiri.
  6. Jintan hitam
    Minyak dari jintan hitam boleh mengurangkan masalah angin dalam perut dan rasa loya. Anda boleh mencuba dengan menelan terus jintan hitam secara mentah atau hancurkan jintan hitam dan buat teh.
  7. Cuka epal asli
    Cuka epal bersifat alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid tinggi dalam perut yang menyebabkan perut anda berasa kurang selesa. Masukkan satu sudu besar cuka sider epal ke dalam secawan air. Tambah satu sudu besar madu. Minum air ini 2-3 kali sehari untuk kelegaan segera.
Loading...

Tags: #cara hilangkan sakit perut cirit birit #cara hilangkan sakit perut gastrik #cara hilangkan sakit perut memulas #cara hilangkan senak perut #Cara mengatasi sakit perut bahan mudah didapati #Petua Bagaimana Hilangkan Sakit Perut #Petua menghilangkan sakit perut akibat kembung #Petua menghilangkan sakit perut akibat sembelit #Petua sakit perut dan sembelit #Petua senak perut akibat masalah pencernaan #punca sakit perut #sakit perut angin #sakit perut berpanjangan #senak perut #ubat sakit perut #ubat sakit perut kanak-kanak

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.