Perkara Patut Anda Dilakukan Apabila Disahkan Hamil! Bakal Ibu Patut Tahu!

Perkara Patut Anda Dilakukan Apabila Disahkan Hamil! Bakal Ibu Patut Tahu!

Pasti anda akan berasa gembira dan sangat teruja apabila disahkan hamil, lebih-lebih lagi buat wanita yang pertama kali akan bergelar ibu. Namun, bagi anda yang pertama kali berbadan dua, pasti ini menjadi pengalaman baru dan pelbagai perkara yang harus anda tahu tentang kehamilan. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan apabila disahkan hamil.

  1. Cari maklumat tentang kehamilan

Di awal fasa kehamilan, penting bagi anda mencari maklumat tentang kehamilan, terutama bagi yang pertama kali menjadi ibu. Cari sebanyak mana informasi yang akan si ibu lalui daripada trimester pertama hingga trimester terakhir kehamilan. Dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, semuanya di hujung jari sahaja. Dengan telefon pintar dan pelbagai gajet, anda dapat mencari maklumat dan membaca mengenai kehamilan dan tips-tips yang penting di blog, laman web dan laman carian seperti Google dan sebagainya.selain itu, terdapat majalah yang baik untuk dibaca seperti Pa & Ma yang anda boleh beli di mana-mana kedai buku mahupun di kedai serbaneka 7 Eleven.

  1. Jaga dehidrasi

Pada trimester pertama kehamilan, hampir setiap ibu mengandung akan mengalami mual dan muntah sehingga dehidrasi. Tapi ada juga yang bernasib baik kerana tidak mengalami apa-apa alahan sepanjang kehamilan. Bagi yang mengalami alahan, anda hendaklah banyak meminum air. Minum la apa-apa air yang sedap di tekak, tetapi lebih elok jika banyak meminum air masak. Elakkan minumna berkafein seperti kopi dan teh buat sementara waktu. Kehilangan dan kekurangan air dalam badan akibat asyik muntah dan kurang meminum air akan membuat badan anda lesu dan tidak bertenaga. Meminum air juga dapat mengelak masalah sembelit.

  1. Makan secara sihat

Mengikut kata sesetengah orang, tidak mengapa jika makan banyak semasa mengandung, kerana makan untuk dua orang. Salah sebenarnya pendapat itu kerana ibu hamil tidak perlu makan secara tidak terkawal. Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia akan meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Ibu mengandung disarankan banyak mengambil sumber zat dan nutrisi seperti buah-buahan dan sayuran. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti oat, roti dan sebagainya. Jangan lupa juga sumber protein seperti ikan, daging dan sebagainya.

  1. Elak penyebab muntah

Tidak semua ibu mengalami alahan atau masalah yang sama semasa tempoh kehamilan. Ada yang mual dan terasa pening dan hendak muntah apabila terbau makanan, ada yang tidak dapat langsung masuk ke dapur dan ada juga tidak dapat tahan dengan bau minyak wangi suami. Jadi kenal pasti perkara yang boleh buat anda pening dan muntah.

  1. Ikuti pemeriksaan antenatal

Bila sudah hamil, penting untuk anda ke Klinik Kesihatan yang terdekat dengan kawasan rumah anda untuk buka buku merah. Untuk pertama kali, pergilah bersama suami kerana pemeriksaan pertama juga memerlukan pemeriksaan darah suami juga. Jangan lupa untuk membawa kad nikah atau sijil nikah. Bagi yang mengandung anak kedua dan ketiga, hanya perlu bawa buku merah anak sebelumnya. Kakitangan klinik akan memberikan tarikh temujanji seterusnya. Pastikan anda tidak lupa tarikh temujanji sebterusnya. Semoga tempoh kehamilan anda menjadi satu pengalaman yang indah dan dipermudahkan urusan.

IMG_20171206_114610-150x150 Perkara Patut Anda Dilakukan Apabila Disahkan Hamil! Bakal Ibu Patut Tahu!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #anak pertama #apa bakal ibu perlu lakukan #apabila disahkan hamil #cara mengandung #cara menjaga kandungan usia 1 bulan #hamil #ibu hamil #ibu mengandung #Kesihatan ibu mengandung #makanan dilarang ketika hamil #mengandung anak sulung #mengandung kali pertama #pantang isteri mengandung #pantang larang ibu mengandung #Perkara Perlu Buat Bila Anda Disahkan Mengandung #perkara wajib bagi ibu hamil anak pertama #perkara yang harus dilakukan apabila hamil #proses kehamilan #tips ibu mengandung

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.