Penyakit Hernia, Angin Pasang, Uluran & Medu Angin. Penyebab dan Tanda-tanda Jika Anda Menghidapnya!

Penyakit Medu Dan Hernia

Hernia atau dikenali sebagai angin pasang, uluran dan medu angin adalah penyakit yang kebiasaannya dialami oleh kaum lelaki tidak kira samada lelaki dewasa atau kanak- kanak dan tidak terkecuali pada kaum wanita. Ia dikenali sebagai penyakit lelaki kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya.

Biasanya hernia tidak menyebabkan sakit. Namun, akan terasa sakit bila isi hernia tersepit oleh cincin hernia. Infeksi akibat hernia menyebabkan penderita merasakan sakit yang hebat dan infeksi tersebut akhirnya menjalar dan meracuni seluruh tubuh. Jika sudah terjadi keadaan seperti itu, maka harus segera ditangani oleh doktor kerana dapat mengancam nyawa penderita. Hernia dapat terjadi pada semua umur, baik tua maupun muda.

Secara saintifiknya penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.

  • Hernia Inguinal – Benjolan di bahagian perut dan ketidakselesaan pada alat kelamin lelaki.
  • Hernia Umbilikal – Berbentuk benjolan di sekeliling perut. Ia berlaku apabila otot di sekitar pusat tidak menutup sepenuhnya (kembung perut). Kebiasaannya di alami oleh kanak-kanak.
  • Hernia Hiatus – Kebiasaannya berlaku di bahagian atas perut (ulu hati). Pesakit akan mengalami simpton-simpton seperti kembung perut dan hilang selera makan. Biasa dialami oleh kaum lelaki dan wanita.
  • Hernia Femoral – Berbentuk benjolan di paha atas, betul-betul di bawah pangkal paha pesakit. Jenis ini adalah lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki.

Punca dan Penyebab Hernia

  • Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.
  • Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit. Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.
  • Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.
  • Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital).

Hernia berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan.

Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat dan usus pengidapnya menjadi lemah atau kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya.

Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas.

Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan.

Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.

Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini.

Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.

Peringkat Hernia

  • Boleh dikurangkan – Kandungan hernia boleh ditolak masuk ke dalam.
  • Tidak boleh dikurangkan – Pembengkakan tidak boleh dikurangkan walaupun diberi tekanan menggunakan tangan.
  • Halangan – Sekunder kepada irreducibility dan edema, pesakit mungkin mengalami halangan pada bahagian usus. Dalam kes sebegini, pesakit akan mengalami rasa kembung pada abdomen, muntah dan sembelit. Ini merupakan pembedahan kecemasan.
  • Penjerutan – Sekiranya bekalan darah pada kandungan dalam pundi hernia dipotong, kandungan itu akan mati kerana tiada bekalan darah. Ini merupakan suatu kecemasan dan boleh meragut nyawa sekiranya tidak dibedah awal.
  • Keradangan hernia – Apabila kandungan pada pundi hernia mendapat jangkitan, ini dinamakan keradangan hernia. Ini berkemungkinan berlaku sekiranya hernia mengandungi apendiks yang radang. Ini juga memerlukan rawatan pembedahan kecemasan.

Simptom dan Tanda-Tanda Hernia

Simptom yang biasa bagi hernia adalah pembengkakan yang tidak sakit pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan dan apabila hernia bertambah besar, kesakitan mula dirasai. Lama-kelamaan, faktor jangka masa lama yang diambil untuk berdiri atau berjalan akan berasa tidak selesa. Pembengkakan akan meningkat dari segi saiz dan menonjol apabila batuk atau peregangan.

Biasanya pembengkakan boleh ditolak menggunakan tangan ke dalam rongga abdomen, tetapi apabila hernia bertambah besar, ini tidak mungkin boleh dilakukan lagi. Antara tanda- tanda seseorang itu mengalami penyakit hernia adalah seperti berikut :

  • Muka pucat, lesu dan letih serta tidak bertenaga.
  • Tapak kaki sentiasa sejuk.
  • Kerap buang air kencing.
  • Perut memulas dan kembung.
  • Sakit di bahagian pinggang, bahu dan labu betis.
  • Hilang selera makan dan seksual. Kebiasaannya penyakit ini akan menyerang dari bahagian ulu hati, perut hingga ke bahagian peha.
IMG_20171206_114610-150x150 Penyakit Hernia, Angin Pasang, Uluran & Medu Angin. Penyebab dan Tanda-tanda Jika Anda Menghidapnya!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #angin dalam badan punca sesak nafas #angin dalam dada #angin hempedu #angin pasang #biji angin #cara urut buang angin dalam badan #doa buang angin dalam badan #hernia #jenis-jenis hernia #kesan angin dalam badan #medu angin #penyakit lelaki #penyebab hernia #peringkat hernia #punca hernia #punca medu #punca uluran #sakit lelaki #sakit medu #sakit uluran #sebab hernia #simpton hernia #tanda kena angin pasang #tanda kena medu #tanda-tanda menghidap hernia #uluran #uluran angin

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Comments are closed.