Tips Penjagaan Kucing Selepas Melahirkan Anak
- Pertama kali apabila kucing anda melahirkan anak, anda tidak perlu berbuat apa-apa cuma hanya memerhatikannya sahaja! Ini adalah kerana kebiasaan kucing akan merasa terancam jika anda kerap menganggu ibu dan anaknya. Hal ini akan mendorong ibu kucing memindahkan anaknya ke tempat lain. Ibu kucing juga akan bertindak agresif dengan membunuh anaknya jika mereka berasa stress. Tinjauan anda hanya memastikan ibu kucing pandai menyusukan anaknya dengan baik. Jika dilihat seperti ibu kucing memerlukan bantuan, mulakan perbuatan dengan mengusap, membelai ibu kucing terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa takut ibu kucing kepada anda sebelum melakukan apa-apa perkara.
- Anda boleh membantu ibu kucing dengan memastikan bekas makanan, minuman dikawasan berdekatan dengan tempatnya. Kebiasaannya, ibu kucing akan terus menyusukan anaknya walaupun anak-anaknya sudah mula makan dan minum sendiri atau pada umur sekitar 4 hingga 6 minggu.
- Anda harus memastikan kucing diberikan makanan yang tinggi kandungan protien untuk menjaga kesihatan ibu dan anaknya. Ini adalah kerana, ibu kucing yang sihat dapat membekalkan susu berkualiti kepada anak-anaknya. Anak kucing yang sihat akan kelihatan aktif, gemuk dan sudah semestinya comel!
Tags: #apa perlu buat bila kucing lahirkan anak #cara jaga kucing lepas beranak #kucing beranak #kucing lahirkan anak #kucing sedia beranak #penjagaan kucing selepas melahirkan anak