Sebagai seorang pemilik kucing yang bertanggungjawab, anda akan memastikan kucing peliharaan berada dalam keadaan yang sihat dan cergas. Termasuk dengan menyediakan diet yang seimbang, tempat yang bersih dan immunisasi yang sesuai dan teratur supaya kesihatan kucing akan lebih terjaga.
Ini Tips Penjagaan Kucing Rumah Yang Perlu Anda Tahu!
Dengan mengenali peribadi, perangai dan perilaku kucing anda, pemilik adalah orang yang paling sesuai untuk mengetahui segera setiap perubahan yang berlaku pada kucing anda. Sewaktu sesi menyikat bulu kucing anda, anda boleh mengesan sebarang perubahan yang berlaku.
Kucing yang sakit akan mengeluarkan membran atau selaput putih pada mata. Kucing yang sakit akan menderita jika diserang berbagai penyakit seperti cancer, buah pinggang, sakit jantung dan lain-lain lagi.
Selain itu juga, terdapat juga penyakit kucing yang disebar oleh manusia kepada kucing atau sebaliknya. Penyakit paling serius yang boleh menjangkiti kucing ialah seperti rabies. Kurap adalah penyakit cendawan kulit yang boleh menular kepada manusia. Ada juga beberapa jenis tungau dan kutu kucing yang boleh berpindah dari kucing kepada tubuh manusia.
Bakteria dari kucing juga boleh menjangkiti luka terbuka pada manusia. Gigitan dan cakaran kucing juga perlu diawasi. Sekiranya terkena perlu dibersihkan bersama antiseptik dan dibalut supaya tidak dijangkiti oleh bakteria-bakteria sampingan lain.
Sejenis parasit protozoa bernama Toxoplasma gondii, mungkin merupakan antara penyakit yang paling berbahaya dan membimbangkan. Di sesetengah negara, 90 peratus manusia membawa parasit ini dan lebih 50 peratus dibawa oleh kucing.
Parasit ini boleh berpindah kepada manusia dan sebaliknya. Pemindahan dari kucing kepada manusia ialah dari najis buangan kucing anda. Ia mungkin hanya membawa simptom ringan ke atas kucing anda dan tidak berbahaya pada manusia normal. Walaupun begitu, ia boleh menjangkiti dan merbahaya kepada bayi di dalam kandungan rahim ibunya dan ibu-ibu yang mengandung.
Oleh itu, bagi ibu yang mengandung, adalah dinasihatkan supaya memberikan tugas mencuci tempat najis kucing kepada anggota keluarga yang lain. Selain itu, manusia dan kucing boleh juga terkena parasit ini melalui daging yang kurang dimasak dan daging mentah.
Tags: #bakteria bawaan kucing #cara memelihara kucing #ibu mengandung dan kucing #jangkitan penyakit kucing kepada manusia #penjagaan kucing #penyakit serius kucing