Pengenalan aktiviti Sport Fishing
Memancing untuk tujuan rekreasi mendapatkan populariti yang diperkenalkan sekitar abad ke-16 lagi. Pada tahun 1653, Izaak Walton menerbitkan sebuah buku yang dipanggil “The Complete Angler” yang ia adalah buku terawal yang membawa penerangan sport fishing dan menerapkan nilai memancing sebagai hobi rekreasi. Namun, ia masih samar bilakah sebenarnya aktiviti memancing secara sport fishing atau rekreasi bermula?
Memancing secara tradisinya, adalah satu aktiviti untuk tujuan mencari rezeki untuk meneruskan hidup. Memancing semata-mata untuk berehat, mengurangkan tekanan dalam kehidupan dan melepaskan ikan yang ditangkap adalah satu perkembangan yang lebih moden.
Evolusi sport fishing untuk menangkap ikan telah dilakukan oleh pemancing yang menggunakan sampan berinjin. Mereka ini telah memberi butiran saintifik yang tepat yang menggambarkan keseronokan sukan itu.
Jika kita sebagai pemancing menerapkan sikap “catch and release” untuk tujuan masa akan datang, ia adalah lebih baik. Ikan yang kecil atau bersaiz kecil perlu dilepaskan bagi memberi peluang ia membesar. Manakala ikan yang dikenalpasti tidak bernilai tinggi malah tidak enak dimakan juga patut dilepaskan. Sebagai contoh ikan Mersuji dan Layaran merupakan game fish.
Tetapi nilainya tidaklah semahal mana. Adalah lebih baik spesis ikan ini dilepaskan bagi memberi peluang pemancing lain merasakan kenikmatan sambaran sang Layaran.
Apakah yang anda faham mengenai Sport Fishing?
Sukan memancing adalah satu bentuk memancing rekreasi di mana ganjaran utama adalah cabaran untuk mencari dan menangkap ikan dan bukannya nilai masakan atau kewangan daging ikan. Namun pemahaman ini bukanlah sesuatu yang 100% perlu diikuti sentiasa.
Dalam banyak kes, pemancing sport fishing juga akan makan hasil tangkapan. Falsafah dan taktik yang digunakan untuk sukan memancing, bagaimanapun, biasanya cukup berbeza daripada konsep“memancing untuk makanan”.
Kaedah sport fishing berbeza mengikut kawasan target, spesies yang disasarkan dan strategi peribadi pemancing. Aktiviti ini menggunakan pelbagai kaedah tradisional hingga ke teknologi yang canggih. Dalam hampir setiap kes, bagaimanapun, memancing memerlukan mata kail, rod dan kekili dan bukannya jaring atau bantuan alat lain seangkatan dengannya.
Suatu masa dulu, pemancing sport fishing, walaupun mereka tidak makan hasil tangkapan mereka, namun mereka terpaksa membunuh ikan tersebut kerana ikan tersebut akan dibawa ke darat untuk ditimbang bagi meraih piala atau kejuaraan.
Amalan ini telah menimbulkan kebimbangan oleh badan pemuliharaan sejagat tentang status stok ikan di perairan. Maka, garis panduan atau syarat telah digubah bagi memastikan pemancing sukan melepaskan tangkapan mereka secara hidup serta merekod butir-butir tangkapan bagi tujuan penyelidikan yang dikenali sebagai “tag and release”.
Sehinggalah pada hari ini, di negara-negara maju seperti Jepun, Australia dan New Zealand peraturan-peraturan ini telah dipraktikkan sepenuhnya. Pertandingan sukan memancing juga kini mula menerapkan etika memancing sport fishing di mana konsep “catch and release” (tangkap dan lepas) dipraktikkan untuk tujuan mendidik pemancing memahami mengapa ia perlu dilakukan.
Pengusaha bot memancing sport fishing
Memancing merupakan salah satu aktiviti mengisi masa lapang, malah perlakuan memancing dapat mendidik jiwa supaya lebih cekal untuk mendapatkan sesuatu. Tanpa ilmu dan pengetahuan tentang teknik memancing, seseorang itu tidak mungkin dapat memancing walaupun seekor ikan!
Pada masa kini, boleh dikatakan aktiviti memancing rekreasi atau sport fishing merupakan satu industri yang sangat besar. Industri perikanan rekreasi boleh menjana nilai jutaan ringgit setahun ke atas segala keperluan untuk hobi ini termasuk alat memancing, sewa bot dan penginapan dan aktiviti berkaitan.
Profil Pemilik Bot Pancing 38
Perniagaan perkhidmatan sewaan bot untuk kaki pancing ini diusahakan oleh seorang anak jati Negeri Kelantan. Beliau mempunyai karektor yang ringkas, agak peramah dan mudah berbincang.
Pada asalnya, beliau hanya meminati aktiviti memancing bagi mengisi masa lapang. Namun disebabkan oleh hobi ini, beliau mula memiliki sampan fibreglass dengan enjin 40 kuasa kuda.
Peristiwa hitam sewaktu keluar memancing pada masa dahulu menjadi panduan untuk beliau memiliki vesel yang lebih besar. Tragedi hampir karam di hadapan kuala telah memberikan satu titik dalam diri beliau sehingga kini.
Berkat usaha, ketabahan dan minat beliau terhadap aktiviti memancing, kini beliau telah berjaya memiliki sebuah vesel enjin dalam kelas A.
Pada tahun pertama operasi, ia tidak menunjukkan hasil yang memberangsangkan kepada beliau. Ini kerana hasil daripada mengusahakan vesel menangkap ikan semata-mata tidaklah begitu lumayan dengan keadaan vesel terpakai yang dibeli yang sering mengalami kerosakan.
Dengan berbekalkan modal dari duit poketnya sendiri, beliau telah melakukan beberapa pengubahsuaian pada vesel supaya ia lebih sesuai dan selesa untuk membawa pemancing ke laut. Pendaftaran permit sport fishing telah memberikan lebih keyakinan tentang hal keselamatan di laut.
Dengan ini, operasi vesel kepunyaannya tidaklah hanya tertumpu dengan aktiviti menangkap ikan semata-mata malah aktiviti sport fishing telah dapat menjana pendapatan tambahan kepada beliau dan keluarga. Mari berkenalan dengan pemilik vesel ini;
Nama Penuh : Pendi bin En Husin @ Loh Seng
Nama Panggilan : Fendi38 atau Pok Long
Tarikh Lahir : 8 Jun 1979
Asal : Kampung Aur, Tawang, Bachok, Kelantan
Perkhidmatan membawa pemancing :
- Memancing dasar
- Mencandat sotong
- Memancing kaedah “jigging”
- Memancing laut dalam ke kawasan pelantar minyak
Kelebihan vesel :
- Saiz vesel yang besar dan selesa untuk membawa pemancing
- Vesel dilengkapi peralatan GPS Echo Sounder yang dapat mengesan kawasan ikan
- Enjin diselenggara dengan baik
- Pengurangan kadar sewaan jika hasil tidak memberangsangkan
- Tekong yang berpengalaman mencari kawasan ikan
- Pengurusan yang cekap dan amanah
- Khidmat nasihat kepada pemancing
- Layan mesra pemilik
Kemudahan tersedia :
- Tandas strategik
- Jaket keselamatan
- Makanan dan minuman asas
- Ais
Kadar perkhidmatan ditawarkan :
Kapasiti : 8 hingga 10 orang pemancing bagi 1 trip
Harga ditawarkan :
- Satu trip (1 hari semalam) : RM900 (rujuk harga terbaru)
- Satu trip (4 hari 3 malam) memancing laut dalam ke kawasan pelantar minyak : RM4,000 (rujuk harga terbaru)
Untuk keterangan lanjut boleh terus menghubungi pemilik di nombor 010-4151382 (Fendi 38) untuk bertanyakan berkenaan promosi, penginapan, tempahan, jadual trip dan kadar menepati budget anda.
Laman Sosial :
- Akaun Facebook : botpancing.tigalapan
Aksi pemancing sport fishing bersama Bot Pancing 38
Tags: #bot 38 #bot 38 kelantan #bot pancing #bot pancing 38 #bot pancing kelantan #bot pancing pantai timur #bot pancing pengkalan petah #fendi 38 #hobi sport fishing #kadar sewa bot memancing #memancing di laut china selatan #memancing pelantar minyak #promosi sport fishing #sewa bot memancing dan mencandat #sewa bot pancing pantai timur