Pengenalan Pengasas Naelofar Hijab
Naelofar Hijab diasaskan pada bulan September 2014 oleh seorang pelakon dan pengacara terkenal iaitu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor. Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Pelakon dan pengacara Neelofa binti Mohd Noor telah membabitkan diri dalam perniagaan hijab yang mendapat sambutan hangat iaitu Naelofar Hijab. Tudung keluaran Neelofa kebanyakannya berbentuk shawl segera. Ciri-ciri kesegeraan dan kecantikan tudung tersebut telah berjaya menambat hati ribuan wanita untuk menjadi pelanggan setianya.
Transformasi peribadi
Pelancaran jenama tudung Naelofa Hijab oleh Neelofa sebenarnya didorong oleh transformasi peribadinya sendiri dan semangat besar beliau dalam bidang fesyen. Dengan pelancaran Naelofar Hijab ini, ia menawarkan penyelesaian yang praktikal dan bergaya untuk wanita Muslim moden.
Kini, jenama Naelofar Hijab telah berkembang pesat di Malaysia dengan pelbagai koleksi yang boleh digayakan dalam pelbagai majlis. Ia ditampilkan dengan 13 gaya tudung dengan 30 warna bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing. Sesuai untuk semua peringkat usia, Naelofar Hijab direka bagi menampilkan hijab sebagai pemakaian yang moden, bergaya dan mudah bagi wanita yang berkeyakinan tinggi. Rekaan tudung milik pengacara dan pelakon Neelofa mungkin pernah dihimpit kontroversi, tetapi ia mungkin ujian tidak berpanjangan apabila jenamanya itu kini dikatakan antara yang paling mendapat tempat di hati peminat.
Pasaran tudung jenama Naelofar Hijab
Naelofar Hijab juga menyasarkan pasaran di peringkat global. Antara Negara yang menjadi pengedar jenama Naelofar Hijab adalah Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda dan Amerika Syarikat. Menurut laporan agensi media BBC, sehingga kini hasil jualan rekaan Neelofa iaitu Naelofar Hijab dikatakan mencecah melebihi RM50 juta setahun. Apa yang menarik berkenaan Naelofar Hijab ini ialah harga tudungnya dijual pada harga tidak melebihi RM100.
Selain Neelofa, individu lain yang bertanggungjawab di sebalik pencapaian itu adalah Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, iaitu kakaknya, Noor Nabila binti Mohd Noor. Kini telah terdapat tiga syarikat yang bernaung di bawah jenama ini iaitu Neelofa Enterprise, Neelofa Sdn. Bhd. dan NH Prima International Sdn. Bhd. yang memasarkan jenama tudung Naelofar Hijab melalui stokis dan 700 pengedar di seluruh negara.
Jenama Naelofar Hijab juga turut dijual secara online dan dihantar ke mana-mana tempat di seluruh dunia. Rangkaian network melalui media sosial turut menyumbang kepada perniagaan Neelofa. Setakat ini, Neelofa mempunyai seramai 3.5 juta pengikut di Instagram dan 1.6 juta pengikut di Twitter. Pengasas Naelofar Hijab ini berazam untuk menjadikan jenamanya sebagai jenama hijab nombor satu dunia.
Anugerah ikon wanita
Pada tahun 2016, pengasas Naelofar Hijab yang juga artis terkenal, Neelofa, telah menerima anugerah ikon wanita sempena Anugerah ‘Tribute to Women’ Malaysia 2016 oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Pengiktirafan ini membuktikan Neelofa sebagai seorang ikon wanita dan usahawan berjaya.
Dipetik dengan kata-kata pengasas Naelofar Hijab; “Orang yang gagal adalah orang yang takut gagal” membawa maksud agak sama dengan peribahasa “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” iaitu sesebuah kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha.
Biodata pengasas Naelofar Hijab
Nama Penuh : Noor Neelofa binti Mohd Noor
Nama Popular : Neelofa
Asal : Pasir Mas, Kelantan
Tarikh Lahir : 10 Februari 1989
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Pendidikan Tertinggi : Bachelor Of Business in International Trade & Marketing (Sunway University College, Petaling Jaya)
Keluarga : Anak ketiga daripada 9 adik-beradik
Status : Belum berkahwin
Kerjaya : Usahawan, pengacara dan pelakon
Nama Syarikat :
- Neelofa Enterprise
- Neelofa Sdn. Bhd.
- NH Prima International Sdn. Bhd.
Jenama : Naelofar Hijab
Jenis Produk : Tudung, pakaian muslimah
Alamat : Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon : +60 3-7725 0515
Facebook Naelofar Hijab :https://www.facebook.com/naelofarhijabofficial
Laman Naelofar Hijab : http://naelofarhijab.com
Instagram Naelofa Hijab : https://www.instagram.com/naelofarhijab
Lihat Biodata Lengkap Neelofa
Fakta menarik Pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa binti Mohd Noor
- Pelancaran Naelofa Hijab sebenarnya didorong oleh transformasi peribadinya kepada imej muslimah bertudung dan minatnya dalam bidang fesyen pada 2014.
- Neelofa telah menceburi pelbagai bidang perniagaan antaranya adalah kanta lekap dengan jenama Lofalens, kasut (LofaHeels) dan produk minuman kesihatan BellaVita.
- Neelofa telah melancarkan buku berjudul The Chic Codes pada 2016 yang memaparkan jurnal kehidupan Neelofa dan prinsip yang dipegangnya selama ini.
- Neelofa telah menerima anugerah ikon wanita sempena Anugerah ‘Tribute to Women’ Malaysia 2016 oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Gambar menarik Pengasas Naelofar Hijab
Tags: #biodata pengasas tudung naelofar hijab #fakta menarik pengasas jenama tudung naelofar hijab #jenis tudung naelofar hijab #jilbat naelofar hijab #latarbelakang naelofar hijab #model tudung naelofar hijab #naelofar hijab #neelofa majalah hijabista #profil pengasas naelofar hijab #sejarah naelofar hijab #shawl naelofar hijab #usahawan tudung muslimah #zalora naelofar hijab