Pemeriksaan Dan Pencegahan Awal Penyakit Kanser Mulut

Gambar Minum Alkohol

Apakah penyakit kanser mulut?

Satu bentuk ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam kawasan mulut meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan juga gusi. Jika kanser mula dikesan, ia akan mengganggu fungsi seseorang untuk makan bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan.

Tahap penyakit kanser mulut di Malaysia

Kanser mulut di Malaysia berada di tangga ke-6. Mereka yang kerap mendapat kanser ini adalah di kalangan masyarakat kaum India diikuti oleh kaum Iban, Bidayuh, Dayak dan Kadazan.

Simptom-simptom kanser mulut yang mungkin dilihat :

  • Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan.
  • Ulser mulut tidak sembuh lebih dari 3 minggu.
  • Gumpalan tisu yang tidak susut selepas rawatan.
  • Tompokan putih atau merah di bahagian mulut.
  • Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan.
  • Kepayahan untuk menelan, menggerakkan rahang atau lidah.
  • Kesakitan di bahagian dalam kerongkong yang berpanjangan.
  • Bengkak pada rahang, leher lebih dari 3  minggu.
  • Tiada selera makan dan berat badan menurun.
  • Halitosis atau nafas berbau.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan risiko kanser mulut?

Amalkan memakan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan segar dan pengambilan beta-keratin (vitamin A) dapat membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser mulut. Antara langkah pencegahan awal ialah seperti berikut :

  • Membuat pemeriksaan berkala di klinik-klinik pergigian berdekatan. Sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali.
  • Melakukan pemeriksaan mulut sendiri di rumah. Rujuk kaedah pemeriksaan mulut yang betul.
  • Tidak mengamalkan tabiat menyentil tembakau atau mengunyah tembakau.
  • Tidak merokok.
  • Tidak minum minuman beralkohol.
  • Mengurangkan pendedahan kepada sinaran matahari yang kerap.

Rawatan penyakit kanser mulut

Sehingga kini, terdapat beberapa kaedah rawatan yang sesuai untuk penyakit kanser mulut, namun pengesanan penyakit kanser mulut pada peringkat awal mungkin dapat membantu pesakit untuk sembuh dari penyakit kanser mulut. Antara rawatan yang biasa digunakan adalah seperti berikut :

  • Melalui pembedahan

Pembedahan akan dilakukan pada kanser mulut tahap 1 dan 2 dan mempunyai peluang pemulihan yang tinggi. Akan tetapi kemungkinan kesan pembedahan tersebut akan melihatkan sedikit kecacatan pada bahagian wajah muka pesakit. Ini kerana sel yang dijangkiti kanser akan dikeluarkan sewaktu pembedahan. Pembedahan kosmetik seperti plastik surgery mungkin dapat mengatasi masalah ini.

Pembedahan Rekonstruktif biasanya melibatkan rawatan pembedahan kanser mulut tahap 2 dan 3. Biasanya pembedahan ini adalah dengan cara melakukan pemindahan tisu dari bahagian badan yang lain bagi menampal kecacatan akibat dari pembedahan kanser mulut tersebut.

  • Rawatan Radioterapi

Rawatan radioterapi adalah salah satu kaedah rawatan kanser yang sangat penting. Radioterapi bukan saja penting untuk rawatan kanser wanita tetapi juga kanser-kanser lain. Tidak semua kanser boleh dirawat dengan pembedahan ataupun kemoterapi. Rawatan radioterapi adalah salah satu rawatan yang menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi ataupun bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser. Bab ini akan membincangkan kaedah rawatan radioterapi khusus untuk kanser organ reproduktif wanita terutamanya kanser pangkal rahim, kanser rahim dan kanser payudara. Rawatan radioterapi untuk kanser-kanser yang melibatkan organ-organ badan yang lain mempunyai kaedah yang berbeza walaupun mempunyai asas yang sama.

Secara amnya terdapat dua jenis radiasi yang sering digunakan untuk tujuan rawatan radioterapi iaitu :

  1. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ( asas penghasilannya adalah sama seperti X-ray biasa tetapi ianya mempunyai kuasa yang lebih tinggi) , sinaran ini dihasilkan melalui hentaman kuat elektron di luar nukleus. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ini dikeluarkan oleh alat yang dinamakan Linear Accelerator dan rawatan yang diberikan dinamakan “External Beam Radiotherapy” ataupun EBRT.
  2. Sinaran Gamma (“Gamma ray”). Sinaran gamma dikeluarkan oleh bahan radioaktif. Penggunaan sinaran gamma digunakan di dalam rawatan Brakiterapi.
  • Rawatan Kemoterapi

Salah satu kaedah rawatan kanser yang sering diberikan kepada pengidap kanser adalah ubat kemoterapi. Bab ini disediakan untuk membantu anda, keluarga anda dan rakan-rakan anda memahami kemoterapi. Kemoterapi tidak dapat tidak akan mengubah kehidupan anda. Disamping mengalami perubahan dari segi penampilan fizikal dan emosi, anda mungkin juga akan merasa sukar untuk bercakap mengenai apa yang anda rasa kepada orang lain. Dengan memahami bagaimana kemoterapi bertindak ke atas sel-sel yang normal dan tidak normal dalam diri anda, diharap anda akan lebih tabah dalam menghadapi sebarang kesan sampingan yang dialami sepanjang dalam rawatan ini. Apa yang penting adalah anda perlu sentiasa berfikiran positif di dalam menjalani rawatan kemoterapi ini.

Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang khusus untuk merawat sesuatu penyakit kanser. Di sini, kemoterapi merujuk kepada penggunaan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel-sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan anda. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah anda dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat di buang melalui pembedahan atau di musnahkan oleh rawatan radioterapi. Bila lebih dari satu jenis ubat digunakan, ia dipanggil kemoterapi kombinasi.

Penyakit-kanser-mulut-yang-kritikal-e1474995297505 Pemeriksaan Dan Pencegahan Awal Penyakit Kanser Mulut

Penyakit Kanser Mulut Yang Kritikal

Adakah kanser mulut boleh dicegah?

Pemeriksaan awal adalah langkah terbaik mengatasi penyakit ini. Pemeriksaan kanser mulut boleh dilakukan sendiri hanya dengan menggunakan cermin muka sahaja. Kawasan mulut sering terjadi kanser mulut adalah di bahagian berikut :

  • Lantai mulut
  • Lapisan pipi
  • Lidah
  • Gusi
  • Bibir
  • Lelangit
Kaedah-pemeriksaan-mulut-mengesan-kanser-mulut Pemeriksaan Dan Pencegahan Awal Penyakit Kanser Mulut

Kaedah Pemeriksaan Mulut Mengesan Kanser Mulut

Apakah faktor-faktor risiko menyebabkan kanser mulut?

  • Amalan mengunyah tembakau.
  • Budaya merokok.
  • Meminum minuman keras beralkohol.
  • Amalan menyentil, mengunyah pinang dan tembakau.
  • Pendedahan diri kepada cahaya UV yang berlebihan.
  • Pesakit mengidap penyakit HIV dan sifilis.
  • Mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas berisiko mendapat penyakit ini.
  • Faktor genetik dan keluarga.
logo-150x150 Pemeriksaan Dan Pencegahan Awal Penyakit Kanser Mulut

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Pemeriksaan Dan Pencegahan Awal Penyakit Kanser Mulut

Loading...

Tags: #benjolan di mulut #benjolan di pipi dalam mulut #cara cegah kanser mulut #cara mencegah kanker mulut #cara nak kurang risiko kanser mulut #cara periksa mulut #cara rawatan kanser mulut #ciri ciri kanker gusi #ciri kanker mulut #faktor kanser mulut #faktor penyebab kanser mulut #faktor-faktor risiko menyebabkan kanser mulut #gambar kanker mulut #gejala kanker mulut #kanser mulut #makanan penghancur kanker mulut #obat kanker mulut #oral cancer #Pencegahan Awal Penyakit Kanser Mulut #pencegahan kanser mulut #Rawatan Kemoterapi kanker mulut #Rawatan penyakit kanser mulut #Rawatan Radioterapi kanker mulut

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Pemeriksaan Dan Pencegahan Awal Penyakit Kanser Mulut"