Hadiah Nobel ialah hadiah yang dianugerahkan secara tahunan oleh Akademi Sains Diraja Sweden, Akademi Sweden, Institut Karolinska dan Jawatankuasa Nobel Norway kepada seseorang dan pertubuhan yang telah membuat sumbangan yang cemerlang dalam bidang kimia, fizik, kesusasteraan, keamanan dan fisiologi atau perubatan.
Ia telah ditubuhkan oleh wasiat 1895 Alfred Nobel, yang menetapkan bahawa perlu ditadbirkan oleh Yayasan Nobel. Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi telah diwujudkan pada 1968 oleh Sveriges Riksbank, bank pusat Sweden, bagi sumbangan kepada bidang ekonomi. Setiap penerima, atau “laureate”, menerima pingat emas, diploma dan sejumlah wang, yang diputuskan oleh Yayasan Nobel, setiap tahun.
Hadiah Keamanan ialah nama bagi salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diturunkan oleh Alfred Nobel. Menurut wasiat Nobel, Hadiah Keamanan sewajarnya dianugerahkan kepada “tokoh yang akan melakukan kerja terbanyak atau terbaik demi persaudaraan antara bangsa, untuk pembubaran atau pengurangan tentera-tentera yang masih ada dan untuk menganjuran dan promosi kongres keamanan”.
Hadiah Keamanan ini dianugerahkan setiap tahun di Oslo, ibu negara Norway. Hadiah sebenarnya sentiasa dianugerahkan pada 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel. Raja Norway sentiasa menghadirinya. Selama sedekad yang berlalu, Upacara Hadiah Keamanan Nobel di Dewan Bandaraya Oslo sentiasa disusuli pada hari kemudian oleh Konsert Hadiah Keamanan Nobel yang disiarkan di lebih 150 negara dan lebih 450 juta rumah di seluruh dunia.
Pemilihan penerima Hadiah Keamanan Nobel kadang-kadang menimbulkan kontroversi, kerana senarai pemenangnya merangkumi tokoh-tokoh yang pernah menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah, tetapi kemudiannya melakukan konsesi luar biasa tanpa kekerasan dalam cubaan mencapai keamanan.
Secara umumnya, terlalu ramai tokoh dan pertubuhan yang telah menerima Hadiah Nobel Keamanan sejak ia diperkenal lebih seabad lalu. Pada pos kali ini, penulis menyenaraikan penerima Hadiah Nobel Keamanan untuk abad ke-21 iaitu bermula tahun 2000 dan ke atas.
- Tahun 2000
Penerima : Kim Dae Jung (Korea Selatan)
Atas usahanya demi demi demokrasi dan hak asasi manusia di Korea Selatan dan seluruh Asia Timur, khususnya perdamaian dengan Korea Utara.
- Tahun 2001
Penerima : Kofi Annan (Ghana) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Atas usaha mereka demi dunia yang lebih teratur dan damai.
- Tahun 2002
Penerima : James Earl Carter, Jr. (Amerika Syarikat)
Kerana usaha beliau tanpa putus-putus selama berdekad-dekad untuk mencari penyelesaian damai kepada konflik antarabangsa, memajukan demokrasi dan hak asasi manusia, serta memupuk pembangunan ekonomi dan sosial.
- Tahun 2003
Penerima : Shirin Ebadi (Iran)
Kerana usaha beliau demi demokrasi dan hak asasi manusia. Beliau telah memberi tumpuan khususnya kepada perjuangan hak wanita dan kanak-kanak.
- Tahun 2004
Penerima : Wangari Muta Maathai (Kenya)
Kerana sumbangan beliau kepada pembangunan mapan, demokrasi dan keamanan.
- Tahun 2005
Penerima : Muhamed Elbaradei (Mesir) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (Austria)
Kerana usaha mereka untuk mencegah tenaga nuklear daripada digunakan untuk tujuan ketenteraan dan untuk memastikan bahawa tenaga nuklear untuk kegunaan aman digunakan dalam cara yang paling selamat yang termampu.
- Tahun 2006
Penerima : Muhammad Yunus Bank Grameen (Bangladesh)
Kerana meningkatkan peluang ekonomi dan sosial untuk golongan miskin, terutamanya wanita, melalui hasil mikrokredit peloporan mereka.
- Tahun 2007
Penerima : Albert Arnold (Al) Gore, Jr. (Amerika Syarikat) dan Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Cuaca (Switzerland)
Kerana usaha mereka untuk membina dan menyebarkan pengetahuan penting mengenai perubahan iklim buatan manusia, serta menyediakan asas untuk langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan perubahan sedemikian.
- Tahun 2008
Penerima : Martti Ahtisaari (Finland), bekas Presiden Finland
Kerana usaha-usaha beliau yang dihargai untuk meleraikan konflik sedunia di beberapa benua selama lebih tiga puluh tahun.
- Tahun 2009
Penerima : Barack Obama (Amerika Syarikat)
Atas usaha luar biasa beliau dalam memperkukuhkan diplomasi antarabangsa dan memupuk kerjasama antara bangsa-bangsa.
- Tahun 2010
Penerima : Liu Xiaobo (China)
Perjuangan lama tanpa keganasan demi hak asasi manusia di China.
- Tahun 2011
Penerima : Ellen Johnson Sirleaf (Ligeria), Leymah Gbowee (Ligeria) dan Tawakel Karman (Yaman)
Kerana perjuangan tanpa keganasan demi keselamatan hak wanita untuk menyertai usaha pengamanan sepenuhnya.
- Tahun 2012
Penerima : Kesatuan Eropah (EU)
Kerana menyumbang kepada kemajuan keamanan dan perdamaian, demokrasi dan hak asasi manusia di Eropah selama lebih enam dekad.
- Tahun 2013
Penerima : Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Antarabangsa)
Atas usaha yang luas untuk membasmi senjata kimia.
- Tahun 2014
Penerima : Kailash Satyarthi (India) dan Malala Yousafzai (Pakistan)
Atas perjuangan mereka menentang penindasan terhadap kanak-kanak dan golongan muda, serta demi hak semua kanak-kanak untuk menerima pendidikan. Pada umur 17 tahun, Malala Yousafzai adalah penerima Hadiah Nobel termuda dalam sejarah.
- Tahun 2015
Penerima : Tunisian National Dialogue Quartet (Tunisia)
Atas sumbangan yang menentukan pembangunan demokrasi bersifat majmuk di Tunisia ekoran Revolusi Jasmin 2011.
- Tahun 2016
Penerima : Juan Manuel Santos (Columbia)
Kerana usaha keras beliau untuk menamatkan perang saudara yang berlanjutan hampir 50 tahun, perang yang mengorbankan kira-kira 220,000 orang rakyat Colombia dan pelarian hampir 6 juta orang.
Tags: #hadiah nobel #hadiah nobel keamanan #nobel keamanan #nobel peace prize #nobel peace prize winner #nobel prize #Pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2000 - 2016 #pemenang hadiah nobel keamanan