Pemberian Vaksin Kepada Kucing
Vaksinasi merupakan antara rutin sangat penting bagi kucing bagi memastikan tahap imunisasi ditahap paling optimum. Vaksin itu sendiri merupakan virus yang lemah yang diberikan kepada kucing yang sihat. Kadangkala pemberian vaksin yang tidak sesuai akan menyebabkan kucing sakit dan yang paling teruk sekali ialah kematian selepas pemberian vaksin.
Hal ini terjadi akibat badan kucing yg tidak dapat menerima vaksin atau faktor lain menyebabkan kucing stress selepas vaksin. Oleh yang demikian, keadaan kesihatan kucing mestilah dipastikan terlebih dahulu sebelum mendapatkan vaksin. Antara keadaan kucing yang sesuai sebelum pemberian vaksin adalah seperti berikut :
- Pastikan kucing sihat (makan dalam kuantiti normal, tiada selsema,demam,cirit-birit atau sakit lain.
- Kucing yang hendak divaksin perlu berumur 2 bulan dan ke atas.
- Jika mengambil kucing, pastikan direhatkan di rumah sekurangnya dua minggu dahulu.
- Jangan mandi, bawa kucing berjalan-jalan dalam tempoh seminggu selepas pemberian vaksin.
- Ada kucing nampak sakit dalam tempoh 48jam selepas vaksin, jika berlarutan dari tempoh ditetapkan, bawa kembali ke klinik yang divaksin. Jangan biar sampai badan kucing tidak larat bergerak.
Pemberian vaksin diluar keadaan seperti di atas akan memberikan risiko kematian kepada kucing anda. Apa yang penting, sila dapatkan nasihat lanjut daripada klinik Vet. Berikut dibawah merupakan jadual rawatan vaksinisasi bagi kucing sebagai rujukan.
Tags: #bila masa sesuai nak beli vaksin pada kucing #cara beri vaksin kucing #cat vaksin #jadual rawatan kucing #jadual vaksin kucing #masa sesuai beri vaksin #penjagaan kesihatan kucing #penjagaan sebelum vaksin #penjagaan selepas vaksin #suntikan pada kucing #vaksin pada kucing #waktu beri vaksin