Pelaburan Hartanah. Ini Perkara Patut Anda Tahu!

Pelaburan Hartanah. Ini Perkara Patut Anda Tahu!

Perkara Patut Anda Tahu Berkenaan Pelaburan Hartanah

Melupuskan Hartanah

Pelaburan hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang sukar untuk dilupuskan berbanding dengan pelaburan saham dan stok. Sebagai contoh pelaburan Amanah Saham Nasional boleh dicairkan dengan segera dan cepat.

Berbeza dengan pelaburan hartanah. Ini kerana setiap hartanah mewakili nilai tertentu walaupun ianya berada berdekatan dengan lokasi tumpuan.

Anda terpaksa menunggu pembeli untuk datang dan menerima harga yang ditawarkan, lagi tinggi nilai hartanah lagi kurang pembeli yang mampu membeli hartanah anda!

Jualbeli Hartanah

Menjual aset hartanah lebih susah dan mahal berbanding pelaburan yang lain. Ini kerana nilai hartanah bergantung pada tempoh milikan pemilik.

Dalam tempoh penjualan, carian nilai dan hutang yang ada pada hartanah perlu dilakukan. Semua ini bukan sahaja memakan masa malah memerlukan banyak sumber terutamanya sumber tenaga (urusan pejabat tanah dan sebagainya) dan kewangan walaupun anda telah mempunyai pembeli yang diketahui mampu dan bersedia untuk membelinya.

Pegangan Hartanah

Pegangan hartanah tidak seperti aset milikan (seperti komoditi) yang lain. Walaupun ada hartanah yang mempunyai pegangan bebas (Freehold), majoriti apartmen di Kuala lumpur dan Selangor adalah milikan sementara (Leasehold).

Ini bermakna anda membeli hartanah tersebut untuk didiami pada tempoh tertentu bukan memiliki sepenuhnya hak pada hartanah berkenaan.

Pada tempoh tertentu pegangan bebas (Freehold) mungkin terpaksa ditukar kepada pegangan sementara (Leasehold). Begitu juga sebaliknya pegangan sementara kepada bebas. Sebagai pelabur hartanah, anda harus memahami lebih berkenaan tempoh pemilikan hartanah tersebut.

Semakin lama masa yang anda pegang, semakin banyak nilai hartanah itu terhakis. Tidak ramai yang tahu kebanyakkan hartanah akan susut nilainya disebabkan semakin kurang tempoh pemilikan pegangan sementara (Leasehold) mereka.

Modal Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah memerlukan modal yang tinggi kerana harganya mahal untuk dibeli. Sebagai contoh, anda boleh membeli mana-mana saham berkualiti dengan modal beberapa puluh ribu ringgit sahaja, tetapi dengan beberapa puluh ribu ringgit nilai hartanah, anda hanya mampu membeli hartanah yang mungkin tidak begitu berkualiti.

Tambahan pula, harga belian bukanlah satu-satunya kos yang ada semasa membeli hartanah. Duti stamp, peguam, ajen, juru nilai, kos pembatalan, insuran dan mungkin kos-kos pembaik pulihan adalah beberapa kos utama yang perlu diketahui sebelum membuat penilaian.

Kos Penyelenggaraan Hartanah

Hartanah seperti bangunan adalah pelaburan yang memerlukan penyelenggaraan yang tinggi. Anda tidak boleh membeli dan melupakannya.

Seperti mana apa yang sering dilakukan oleh pelabur saham dan stok ianya tidak seperti anda meletakkan wang di dalam bank dan tunggu wang itu bertambah. Semua hartanah memerlukan peningkatan dan modernisasi agar nilainya kekal tinggi dan stabil.

Pemilikan hartanah mempunyai kos-kos sampingan seperti cukai pintu, cukai tanah, pinjaman perumahan, kos penyelenggaraan, kos perkhidmatan dan bil-bil pengubahsuaian.

Semua ini perlu diketahui agar setiap penilaian dan tindakan anda tidak menjadikan aset hartanah itu satu bebanan dikemudian hari.

Rumusan

Secara kesimpulannya, pelaburan hartanah adalah salah satu jalan sukar untuk diceburi jika tidak berilmu. Namun, keuntungan di dalam pelaburan hartanah lebih kukuh serta stabil dan mampu dilipat kali ganda berbanding mana-mana pelaburan yang lain.

Loading...

Tags: #beli rumah untuk jual #cukai tanah #hartanah #jual beli kedai #jualbeli rumah #kebaikan pelaburan hartanah #keburukan pelaburan hartanah #keuntungan pelaburan hartanah #kos penyelenggaraan #melabur bidang hartanah #modal hartanah #pelaburan hartanah #peluang melabur bidang hartanah #pinjaman perumahan #projek jual beli hartanah #risiko hartanah #risiko melabur bidang hartanah

Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober
Peperangan Badar Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Badar merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam dan merupakan peperangan
Abu Ubaidah bin al-Jarrah : Fakta Menarik Mengenai Beliau
Abu Ubaidah bin al-Jarrah merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW dan panglima utama

Leave a reply "Pelaburan Hartanah. Ini Perkara Patut Anda Tahu!"