Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!

Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!

Bergelar seorang selebriti bukanlah tugas yang mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi mereka sebelum dilimpahi sinar populariti serta menjadi siulan para peminat.

Kebanyakan selebriti popular tempatan pernah melakukan pelbagai pekerjaan lain untuk menyara kehidupan mereka sebelum dikenali dan dipuja hari ini.

Ternyata, pilihan untuk menjadi artis tepat dan tidak sia-sia kerana banyak menggubah taraf hidup serta ekonomi mereka.

Berikut, penulis senaraikan pekerjaan yang pernah dilakukan oleh 5 selebriti Malaysia ini sebelum terkenal dan diminati ramai. Here they are!

1. Jihan Muse

jihan-muse Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!

Siapa yang tidak mengenali Ratu Parodi Malaysia, Jihan Muse yang kini mengacarakan program Gegar Vaganza (GV) 4 bersama Nabil Ahmad. Untuk pengetahuan para pembaca, bakat Jihan dicungkil menerusi rancangan mencari pelawak, Raja Lawak 3.

Sebelum terjun ke dunia seni hiburan, graduan Diploma Senibina dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak ini pernah bekerja sebagai juruteknik di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Anak kedua daripada empat beradik ini bekerja di MBSA selama empat tahun secara kontrak sebelum berhenti mulai 2011 demi mencapai cita-citanya sebagai anak seni.

2. Karl Shafek

Karl-Shafek Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!

Bagi peminat setia rancangan membeli-belah secara atas talian iaitu CJ Wow Shop, Karl Shafek bukanlah satu nama yang cukup asing di halwa telinga kita semua. Selain mengacara, figura kelahiran Pekan, Pahang ini juga aktif berlakon dan berbakat dalam dunia masakan.

Tahukah anda, aktor drama Rindu Awak 200% dan Hotel Mania ini pernah bekerja sebagai pramugara di bawah penerbangan Malaysia Airlines selama lima tahun bermula 2004 sehingga 2008 sebelum mengetuk pintu industri seni tempatan.

3. Adibah Noor

Adibah-Noor Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!

Lagu berjudul Terlalu Istimewa sedikit sebanyak meledakkan nama Adibah Noor di lapangan seni suara negara. Mankah tidak, lagu berhantu ini diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 2006 dan juara Hits 1 (2007). Di samping menyanyi, wanita berusia 47 tahun ini berkecimpung sebagai seorang pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio.

Sebelum bergelar bintang, figura ini menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menegah Taman Datuk Harun selama 3 tahun mulai Mei 1993. Malah, pemegang Ijazah Sarjana Muda Program Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini juga menjadi pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

4. Shahrol Shiro

shahrol-shiro Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!

Selepas menjuarai program Raja Lawak 6 bersama Ajak menerusi kumpulan Shiro, nama Shahrol semakin dikenali ramai sehingga ke hari ini. Pelawak ini bukan sahaja handal melawak semata-mata bahkan mengembangkan bakat seninya sebagai pengacara dan penyampai radio.

Percaya atau tidak, anak jati Keluang, Johor ini pernah berkhidmat sebagai pegawai imigresen satu masa dahulu. Shahrol menyertai Jabatan Imigresen sejak 2007 sebelum meninggalkan pekerjaaan berkenaan sekitar 2013.

5. Ajak Shiro

Ajak-Shiro Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!

Jika kawannya pernah bekerja sebagai pegawai imigresen, Ajak Shiro atau nama lengkapnya Mohd Hanaffi Razak pula bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pelawak ini mula menceburi bidang ketenteraan sejak berusia 18 tahun lagi dimana telah berkhidmat selama 8 tahun sebelum menjejakkan kaki di arena seni hiburan tanah air. Tidak hanya sukses di pentas komedi, Ajak kini menerpa nama sebagai deejay radio di stesen radio popular, Hot.FM.

azlan-150x150 Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cari pekerjaan sampingan #jenis-jenis pekerjaan #pekerjaan #Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Terkenal #Pekerjaan Artis Malaysia Sebelum Popular #Pekerjaan Artis Sebelum Mereka Jadi Popular #Pekerjaan Selebriti Malaysia Sebelum Dikenali Ramai #Selebriti Malaysia Popular

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.