PC Terkena Virus! Cara Mengesan & Jenis-Jenis Virus Komputer

PC Terkena Virus! Cara Mengesan & Jenis Jenis Virus Komputer

Apakah itu virus komputer? Virus komputer merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.

Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya.

Mc Afee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

Jenis-Jenis Virus Komputer Biasa

  1. Boot Sector

Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama (MBR).Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

  1. Partition Table

Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang “partition table” cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

  1. File Virus

Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan.

Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik (sering berubah) dan virus stealth (tidak meninggalkan kesan).

  1. Multipartite Virus

Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras.

Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

  1. Macro Virus

Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD. Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word, Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro.

Ia boleh menghasilkan jaringan arahan di dalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

  1. Trojan Horse

Virus ini tidak mereplikasikan dirinya, dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar.

Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabila ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

  1. Worms

Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.

Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

Cara yang boleh diambil untuk mengesan virus komputer

  • Scanners (Pengimbas)

Scanners akan mencari tetanda ketara atau jejak virus. Ia akan memeriksa setiap fail berasaskan kepada kod tertentu yang dianggap sebagai virus. Ia akan menyimpan sebuah katalog virus yang besar dan untuk memberikan kesan yang lebih mendalam, Scanners perlu memeriksa pelbagai lokasi seperti sektor boot, memori sistem, partition table dan fail-fail. Malangnya, scanners tidak boleh mengesan virus baru yang tidak dikatalogkan, virus polimorfik dan virus stealth (samaran).

  • Ongoing Monitoring (Pemantauan Berulang)

Monitors (pemantau) sering dirujuk sebagai pemintas (interceptors) yang akan beroperasi semasa sistem sedang berjalan. Aturcara ini akan melakukan tugas-tugas seperti pemantauan masa nyata (real time) ke atas cakera dan fail; analisis kegiatan luar dugaan dan pengesanan virus polimorfik dan stealth.

Dengan monitors, perisian antivirus sering beroperasi di belakang tabir dan ia pasti akan mengganggu penggunaan atau memperlahankan komputer di samping memakan ruang memori yang banyak.

  • Integrity Checkers

Pemeriksa jenis ini sering dirujuk sebagai sistem pengesanan pelbagai tahap (multilevel) atau generic yang sering mengisi ruang yang ditinggalkan oleh pengimbas. Ia membaca cakera dan data rekod di samping memantau fail sama seperti pemantau. Ia akan memeriksa fail-fail untuk mengesan perubahan ciri-cirinya yang disebabkan oleh virus.

  • Checksum Comparison

Pemeriksa ini akan memeriksa aliran bit fail untuk mengesan perubahan.

  • Inoculator

Inoculator memasukkan kod bit kecil ke dalam fail yang hendak diperiksa bagi menentukan fail tersebut mengalami masalah atau tidak.

Tanda jangkitan virus pada komputer

  • Perubahan dalam saiz fail.
  • Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
  • Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
  • Operasi sistem yang perlahan.
  • Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
  • Sektor rosak pada disket, mahupun pada storan yang lain.
  • Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
  • Aktiviti skrin yang ganjil.
  • Aturcara tidak dapat dijalankan.
  • Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu.
  • Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

Loading...

Tags: #Apakah itu virus komputer #cara kerja virus komputer #cara kesan komputer kena virus #cara mengesan virus komputer #Cara Mengetahui Komputer atau Laptop yang Terkena Virus #jenis virus komputer #jenis-jenis virus komputer #laptop #macam virus komputer #nama nama virus pada komputer #pc kena virus #Pengertian dan Jenis-jenis Virus pada Komputer #tanda-tanda komputer anda dijangkiti virus #virus komputer #virus stealth #virus trojan #virus trojan horse #virus worms

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.