Badi dan kenan binatang atau haiwan
“Kenan” dimaksudkan sebagai keganjilan tertentu pada gerak geri atau kelakuan, misalnya. Manakala badi merupakan kesan buruk yang dialami seseorang, antaranya kerana mendekati mayat, bangkai atau sesuatu yang dianggap keramat.
Kes berdasarkan pengalaman yang dikongsikan
- Kes kedua :
Seorang pengamal tradisi Melayu berkata, memang banyak pantang larang orang Melayu membabitkan binatang masih berlaku.
Bukan saja isteri perlu berhati-hati supaya jangan terkejut melihat sesuatu, suami juga sama. Ini kerana, orang dulu-dulu percaya bahawa binatang ada semangatnya tersendiri.
- Kes pertama :
Seorang wanita di Temerloh, memberitahu semasa hamil anak pertama, suaminya cukup gemar memancing. Jadi, katanya, apabila bayinya dilahirkan cacat, ada yang mengaitkan anaknya itu terkenan badi ikan. “Orang kata anak saya terkenan badi ikan, antaranya kerana anak saya yang tidak boleh berjalan mahu pun bercakap, perlakuan bayinya berbeza apabila melihat cahaya. Perlakuan bayinya itu tidak ubah seperti seekor ikan yang mengejar di air apabila melihat umpan yang bercahaya,” katanya.
- Kes ketiga :
Seorang ibu kepada lima orang anak mengaitkan kecacatan bibir bayinya yang sumbing disebabkan perbuatan suaminya yang gemar memancing. Ia mengaitkan dengan perbuatan memancing menggunakan mata kail menyebabkan mulut ikan koyak. Ini seolah-olah ada kaitan dengan badi daripada ikan tersebut. Oleh kerana itu, wanita hamil mahu pun suami atau keluarga terdekat tidak boleh menganiaya binatang, sama ada dengan membunuh, memukul malahan mencabar atau menghina. Binatang yang dikatakan kuat badinya, seperti beruk, anjing, kucing dan ular.
Berikut merupakan amalan baik kepada ibu yang sedang mengandung :
- Menjaga emosi dan jangan menyimpan niat tidak elok atau berprasangka buruk sepanjang tempoh kehamilan.
- Jangan menderhaka kepada suami kerana bimbang akan berdepan kesukaran ketika mahu melahirkan anak kelak.
- Minum air kelapa pada bulan-bulan terakhir kehamilan supaya bayi berkeadaan bersih ketika dilahirkan.
- Amalkan melihat benda-benda yang elok dan cantik supaya bayi juga berkeadaan elok dan cantik dari segi rupa dan peradabannya.
- Banyakkan aktiviti senaman seperti berjalan dan melakukan senaman ringan, dan elakkan tidur sepanjang hari.
Terkejut apabila terserempak sesuatu
- Menurut salah seorang pengamal tradisi lama, satu daripada perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh ibu hamil ialah memastikan mereka tidak terkejut apabila terserempak atau melihat sesuatu, misalnya binatang atau keadaan fizikal seseorang. Jika terkejut, elakkan daripada perbuatan memaki hamun atau menghina. Seelok-eloknya bacalah selawat dan zikir serta mintalah perlindungan daripada Allah SWT.
Kebiasaannya orang tua yang masih mengikuti adat tradisi lama akan menegah ibu yang mengandung dari melakukan perkara berikut :
- Jangan menyusup bawah penyidai, takut anak cacat.
- Jangan melihat gerhana bulan, takut anak bermata juling atau ada tanda hitam.
- Jangan tidur tengah hari atau menanam pokok pisang, takut anak lahir berkepala besar.
- Jangan diikat mati benang atau tali, menjahit atau pun menganyam, takut anak terbelit tali pusat.
- Jangan duduk di muka pintu atau tangga, takut susah untuk melahirkan bayi termasuk kemungkinan berlaku tumpah darah yang boleh mendatangkan maut.
- Jangan makan makanan yang tajam seperti nenas atau tapai, takut keguguran.
- Jangan minum kopi, atau makan banyak kicap kerana dikuatiri kelak bayi dilahirkan berkulit gelap.
- Jangan melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak akan tertutup seperti kucing sedang tidur.
- Jangan potong ketam, takut anak menjadi cacat.
- Jangan sampai terpukul atau terserempak ular, takut tali pusat anak terbelit.
- Jangan menjerat burung, mengikat tali, takut susah ketika anak hendak dilahirkan, dikhuatiri terbelit tali pusat.
- Jangan mengail, menyiang ikan, menyembelih, mengasari atau membunuh binatang, takut anak jadi sumbing atau cacat anggota lainnya, atau kelihatan seperti haiwan yang dianiaya.
- Jangan makan sambal berlebihan, takut kepala janin botak.
- Jangan mengetuk paku di dinding, duduk di atas akar kayu atau makan makanan berakar seperti buah pegaga, takut terlekat uri pada rahim.
- Jangan makan durian berlebihan, takut kepala anak akan berbisul setiap kali musim durian.
Pantang larang semasa ibu mengandung masyarakat luar negara
- Pantang larang masyarakat di Mexico
Wanita hamil di Mexico yang dilarang memandang bulan mengambang hinggalah wanita Mesir tidak boleh melihat arnab ia menggambarkan pantang larang pelik yang masih diamalkan sesetengah wanita hamil di seluruh dunia pada zaman moden ini. Selain itu, wanita yang hamil itu dilarang mendekati mayat kerana percaya roh yang sudah mati dan yang akan dilahirkan tidak boleh berada dekat antara satu sama lain. Seorang wanita dari Mexico juga memberitahu, ketika anda hamil, anda perlu makan apa saja yang anda inginkan. Jika anda terasa hendak makan kek, sebagai contoh, tetapi anda mengelak memakannya, bayi yang dilahirkan akan mempunyai muka seperti kek.
- Pantang larang masyarkat di Australia
Bagi wanita Australia, mereka diberikan senarai makanan yang perlu dihindari bagi memastikan tahap kesihatan bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik. Tetapi, wanita hamil di negara lain ditegah memakan beberapa jenis makanan atas sebab tertentu.
- Pantang larang masyarkat di Hawaii, USA
Di Hawaii, wanita mengandung tidak dibenarkan memakai rantai leher kerana dipercayai akan menyebabkan bayi terjerut dengan tali pusatnya.
- Pantang larang masyarakat di Mesir
Di Mesir wanita mengandung dilarang mengambil minuman bergas, kerana dipercayai tulang bayi yang dilahirkan akan rapuh.
- Pantang larang masyarakat di Vietnam
Wanita di Vietnam keturunan Cina memberitahu, budayanya mempercayai wanita mengandung tidak boleh makan daging kambing kerana dibimbangi bayi akan menghidap sawan. Bukan itu saja, kepercayaan ini juga berterusan sehingga selepas kelahiran. Selepas melahirkan bayi, anda tidak boleh bangun dari katil sehingga sebulan. Tidak boleh makan daging lembu, buah, sayuran mentah. Secara keseluruhan, semuanya tidak boleh dimakan.
- Pantang larang masyarakat di India
Wanita mengandung di India tidak boleh menyentuh objek besi ketika gerhana matahari atau bulan. Apabila berlaku gerhana, semua barangan besi akan ditutup dan wanita mengandung tidak boleh melakukan apa-apa yang membabitkan benda tajam. Dipercayai, apa saja yang dilakukan dengan objek tajam oleh wanita mengandung ketika gerhana berlaku, ia akan mencederakan bayi. Sebagai contoh, jika menjahit, bayi akan melekat. Jika memotong dengan pisau, bayi yang dilahirkan akan luka-luka.
- Pantang larang masyarakat di Kanada
Wanita Kanada yang mengandung dilarang supaya tidak meletakkan tangan di kepala ketika hamil kerana ia akan menyebabkan bayi dalam kandungan terbelit dengan tali pusatnya.
- Pantang larang masyarakat di Korea
Seorang wanita Korea yang mengandung dilarang meminum minuman sejuk mahupun menyentuhnya.
- Pantang larang masyarakat Arab
Mengikut kepercayaan masyarakat Arab, melihat arnab ketika hamil dipercayai boleh menyebabkan anak yang dikandung dilahirkan dengan gigi besar. Manakala memandang bulan pula dikaitkan dengan sifat cemburu dan boleh menyebabkan bayi sumbing. Selain itu, wanita hamil dikatakan tidak boleh menggaru kerana bimbang bayi yang keluar akan mempunyai tanda lahir.
Kesimpulan
Sebenarnya terlalu banyak pantang larang masyarakat terdahulu, tetapi persoalannya adakan anda patuh akan pantang larang tersebut?
Contohnya, jika anda dilarang memakan sesuatu makanan, adakah anda tidak akan mendapat sesetengah nutrien penting yang diperlukan oleh badan anda ataupun bayi dalam kandungan? Atau, bolehkah makanan yang dilarang itu digantikan dengan makanan lain yang membekalkan nutrien yang sama?
Jika anda mesti memakan sesetengah benda pula, pastikan ianya selamat dimakan. Jika anda tidak pasti, periksalah dengan doktor anda terlebih dahulu.
Hakikatnya, setiap pantang larang yang diciptakan oleh masyarakat terdahulu mungkin mempunyai asasnya, barangkali ada manfaat jika terus diikuti dengan baik, samada dari segi keselamatan dan sebagainya. Tiada apa yang diciptakan itu adalah sia-sia.
Apa pun pandangan atau adat resam lama, kita haruslah berpegang teguh kepada ajaran agama, dan mohonlah perlindungan daripada Yang Maha Esa.
Tags: #amalan baik ibu mengandung #amalan baik kepada ibu yang sedang mengandung #amalan semasa hamil #amalan tradisi semasa mengandung #Badi dan kenan binatang atau haiwan #elakkan perkara semasa hamil #hamil #hamil anak pertama #ibu hamil #ibu muda hamil #kepercayaan lama berkaitan ibu mengandung #larangan semasa mengandung #menegah ibu yang mengandung #mengandung anak pertama #pantang larang ibu hamil #Pantang larang ibu mengandung oleh masyarakat luar negara #Pantang larang masyarakat Arab #Pantang larang masyarakat di India #Pantang larang masyarakat di Kanada #Pantang larang masyarakat di Korea #Pantang larang masyarakat di Mesir #Pantang larang masyarakat di Mexico #Pantang larang masyarakat di Vietnam #Pantang larang masyarkat di Australia #Pantang larang masyarkat di Hawaii #pantang larang semasa hamil #pantang larang semasa mengandung #pantang larang wanita mengandung #pantang larang wanita mengandung luar negara #peringatan kepada ibu mengandung #tradisi semasa mengandung