Solat sunat tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat sunat tasbih dianjurkan supaya dikerjakan sekurang-kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat.
Tasbihnya ialah :
“Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah, Allah Maha Agung dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”
Masa Untuk Menunaikan Solat Tasbih :
Malam atau siang. Sekiranya waktu malam hendaklah dikerjakan 4 rakaat dua salam. Apabila dilakukan pada waktu siang hendaklah dikerjakan 4 rakaat satu salama sahaja.
Lafaz niatnya :
“Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta’ala”
Bacaan pada rakaat yang pertama :
Surah Yasin
Bacaan pada rakaat yang kedua :
Surah al-Waqiah
Bacaan pada rakaat yang ketiga :
Surah al-Dukhan
Bacaan pada rakaat yang keempat :
Surah al-Mulk
Ataupun boleh dibaca surah :
Al-Dhuha
Al-Insyirah
Al-kautsar
Al-Nasr
Ataupun surah :
Al-Zalzalah
Al-‘Adiat
Al-Nasr
Al-Ikhlas
Ataupun surah :
Al-Takathur
Al-‘Asr
Al-Kafirun
Al-Ikhlas
Cara Melaksanakannya :
Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat dibaca 75 kali tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
- Selepas selesai membaca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, barulah dibaca tasbih sebnayak 15 kali ataupun membaca tasbih selepas doa iftitah sebanyak 15 kali. Kemudian setelah membaca surah bacalah pula tasbih 10 kali. (Kemudian tidak perlu lagi membacanya semasa duduk istirahat)
- Semasa rukuk, sesudah membaca bacaannya, baca tasbih 10 kali
- Semasa iktidal dibaca tasbih 10 kali
- Semasa sujud dibaca tasbih 10 kali
- Duduk antara 2 sujud dibaca tasbih 10 kali
- Sujud yang kedua dibaca tasbih 10 kali
- Apabila hendak berdiri semula (semasa duduk istirahat) dibaca tasbih 10 kali.
Maka jumlah tasbih kesemuanya dalam dalam satu rakaat yang pertama ialah 75 tasbih. Dan begitulah seterusnya pada rakaat kedua, ketiga dan keempat.
Sekiranya terlupa membaca tasbih pada sesetengah tempat bolehlah dibaca di tempat rukun berikutnya untuk tidak mengurangkan tasbih sebagaimana yang telah ditetapkan.
Rujukan : Dato’ Ismail Kamus (2009), “Indahnya Hidup Bersyariah : Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat”. Kuala Lumpur : Telaga Biru. Baharuddin Ayudin (2010), “Himpunan Zikir daripada al-Kitab dan al-Sunnah”. Edisi Bahasa Melayu. Sepang, Selangor : Penerbitan Salafi. Gambar raudhahjiwa.blogspot.my (2016)
Tags: #amalan #cara solat tasbih #panduan solat #panduan solat sunat #panduan solat sunat tasbih #sholat tasbih #solat sunat tasbih #solat tasbih #tasbih solat