Solat Jenazah
- Mengerjakan solat jenazah adalah fardhu kifayah. Walau bagaimanapun sewajarnya setiap umat Islam mengambil kira bahawa solat itu merupakan satu doa bagi mengurangkan bebanan si mati ataupun menambahkan lagi martabatnya di sisi Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tiada seorang muslim yang meninggal, kemudian disolatkan ke atasnya oleh 40 orang lelaki yang tidak menyekutui Allah dengan sesuatu pun melainkan diberikan syafaat terhadapnya pada hari kiamat nanti.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah lagi :
“Barang siapa yang disembahyangkan oleh tiga baris kaum muslimin, maka telah diwajibkan jenazah itu masuk syurga,” (Riwayat Abu Daud)
Solat jenazah ini sama sahaja dengan solat yang lain dari segi syaratnya iaitu :
- Menutup aurat
- Suci dari hadas kecil, hadas besar dan daripada najis
- Menghadap kiblat
Waktu Mengerjakan Solat Jenazah
- Dilakukan pada bila-bila masa sahaja asalkan jenazah sudah dimandikan dan sudah dikafankan.
Rukun Solat Jenazah
- Berdiri betul bagi yang berkuasa.
- Niat.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki :
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan :
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki :
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan :
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
- Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا
- Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا
- Takbir empat kali termasuk takbiratulihram.
- Membaca surah al-Fatihah (selepas takbir pertama).
- Membaca selawat sekurang-kurangnya (selepas takbir kedua) :
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
Atau :
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”
- Membaca doa seperti berikut :
Selepas takbir ketiga :
اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
- Memberi salam yang pertama.
Perkara Sunat Dilakukan Dalam Solat Jenazah
- Sunat mengangkat tangan ketika takbir.
- Meletakkan tangan di atas pusat seperti mana solat lain.
- Membaca selepas takbir keempat :
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”
- Hendaklah dibuat tiga saf.
- Imam hendaklah berdiri dekat dengan pinggang mayat sekiranya perempuan dan dekat dengan bahu sekiranya mayat ialah lelaki.
- Memandang sebelah kanan dan kiri semasa memberi salam.
Rujukan : Dato’ Ismail Kamus (2009), “Indahnya Hidup Bersyariah : Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat”. Kuala Lumpur : Telaga Biru.
Tags: #bacaan dalam solat jenazah #bacaan shalat jenazah sesuai sunnah #bacaan sholat jenazah dalam bahasa arab #bacaan solat jenazah #cara mengerjakan solat jenazah #cara sholat jenazah #cara solat jenazah #doa jenazah perempuan #doa selepas solat jenazah #doa setelah sholat jenazah #doa sholat jenazah muhammadiyah #doa sholat jenazah takbir ke 4 #doa solat jenazah #kaifiat solat jenazah #niat solat jenazah #panduan solat jenazah #panduan solat jenazah jakim #Rukun Solat Jenazah #sembahyang jenazah #sholat jenazah #sholat jenazah pendek #solat jenazah #solat jenazah kanak-kanak #solat jenazah lelaki #solat jenazah lelaki ringkas #solat jenazah perempuan #tata cara sholat jenazah dan bacaanya